Ada gambar, tapi tunggu sampai abis baca....
Aku nak
rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang
semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan
Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti
biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang
patut sementara menunggu waktu game tu start. Sebabnya nak ulang alik
rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila
nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game
terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat
agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit,
ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan.
Selesai
badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam
12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste
jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan
letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan
Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah
habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer..., Kepala otak
menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil
kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda...
merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la...
janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam
ni, usaha tangga kejayaan beb...
Dalam
perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi
minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai
isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku
rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku
berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku
berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang
belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah....
Dalam pada
itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke
belakang... alamak kompom ada something kat kerusi belakang ..., lepas
tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang...
tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya
dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati
dan kontrol macho.... Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana
terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa
panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan
bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai
melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam
keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak
basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik
model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu
atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...
Aku kata
padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT,
bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa
izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di
situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap...
gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang
berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku
bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara
dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya...
Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya
persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah
ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala
ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke
Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau
nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu
balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu...
Sambil
memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku
tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang
pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan
zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram...
barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk
belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan
ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah
mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda
respons...kecewa betul.... Sampai jer... kat petronas tadi, aku
berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan
sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di
sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada
lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan
nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran
aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan
secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila
aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda...,
aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ...
kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas
betul...
Aku tadah
tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan
selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun
apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan
semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku
slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak
follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih
masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi
yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan
aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku
selamat.
Sampai
jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku
pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik
dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru
balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan
masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih
terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta
padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak
ler...teman... Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir
dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku
masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah...
sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak
dibuatnya. Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk
halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun
terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi
jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam
suasana yang agak lama masanya.
Nasihat
serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan
tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda
Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak
membantu juga. Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang
terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian
semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau
korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan
tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung
sabut timbul... boleh buat bini...
Sebelum ini
pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang
Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku
ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu....
tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku
dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa
pun... Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... semuanya dalam
kekuasaanNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan