Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Isnin, 10 November 2014
Manfaat Garam Yang Mungkin Tak Diketahui
Garam ialah sejenis galian yang terasa masin dan mengandungi komponen utamanya iaitu natrium
klorida. Garam penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti yang
kecil namun bahaya jika diambil secara berlebihan. Garam selalunye digunakan
oleh isteri dan ibu kita sebagai penambah rasa kepada makanan semasa memasak,
namun samada korang sedar atau tak, terdapat pelbagai lagi manfaat garam yang
boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jom tengok antara manfaat yang
boleh korang dapat daripada garam…
Garam boleh digunakan untuk membezakan kualiti telur
sama ada ianya bagus atau tak. Telur yang baik akan tenggelam jika dimasukkan
ke dalam air garam
Garam akan mempercepatkan proses air untuk mendidih
atau masak
Jika korang tak habis makan buah epal yang sudah
dikupas kulitnya, jangan buang terus. Rendam ke dalam air garam dan buah itu
akan sentiasa segar
Garam boleh mempercepatkan proses pengembangan putih
telur semasa putih telur dikacau di atas kuali
Garam merupakan bahan pengawet semulajadi dan
melambatkan sesuatu makanan tersebut daripada basi
Garam mampu menghilangkan bau tangan selepas korang
kupas bawang atau membersihkan ikan
Kulit kacang yang direndam ke dalam air garam lebih
mudah untuk dikupas
Korang boleh hilangkan kotoran degil pada kabinet
dapur korang dengan tabur garam di tempat kotor tersebut sebelum disabun
Garam boleh menghapuskan semut
Teko yang meninggalkan kesan air di dalamnya mampu
dibersihkan dengan menggunakan garam yang dicapur dengan ais
Kain yang terkena darah boleh dibersihkan dengan garam
dengan cara tabur garam ke bahagian terkena darah tersebut sebelum dicuci
Garam boleh menghilangkan bau peti sejuk. Caranya
dengan campurkan garam dengan ‘baking soda’, bungkus campuran tadi dengan kain
basah dan letak di dalam peti ais
Garam juga boleh bertindak sebagai pemadam api
Bunga yang baru dipetik, boleh dikekalkan kesegarannya
jika pasunye disiram air garam
Garam juga mampu membasmi ulat pada tumbuhan. Caranya
ialah dengan campurkan garam dengan air sabun dan sembur ke bahagian pokok
Garam mampu menghilangkan kutu pada haiwan dengan cara
campur garam dengan air suam, kemudian rendam haiwan dalam campuran air
tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan