Home Klik Di Bawah

Selasa, 18 November 2014

Perkara Yang Perlu Anda Lihat Sebelum Membeli Smartphone Baru




Setiap orang mahukan smartphone yang terbaik ketika membeli smartphone baru. Tetapi jika setiap bulan timbul smartphone yang baru dengan spesifikasi terkini, bagaimana anda menentukan telefon anda adalah pilihan yang tepat?

Dalam artikel ini, kami bawakan beberapa tips bagi anda ketika ingin memilih smartphone(Android) baru anda.
 



1 - Bajet : Gariskan had anda
Bajet adalah perkara terpenting ketika anda membeli sesuatu, termasuklah smartphone. Sebab itu jika anda pergi ke kedai untuk membeli smartphone, antara perkara pertama yang akan ditanya oleh pekedai itu adalah "bajet berapa". Sebelum membeli smartphone baru, anda perlu menggariskan berapakah had wang yang akan anda keluarkan bagi smartphone tersebut.



2 - RAM : Lebih besar RAM lebih baik
RAM adalah storan utama bagi smartphone anda. Apa yang anda lihat di skrin smartphone anda, itulah benda yang berada di dalam RAM smartphone tersebut. Jadi, lebih besar RAM smartphone tersebut, lebih pantaslah ia beroperasi. Jika smarphone anda kekurangan RAM, anda dapat rasakan ianya sedikit 'lagging'. Ini kerana ia perlu membuang data(aplikasi) di dalam RAM bagi membolehkan anda terus menggunakan smartphone anda.


3 - CPU Cores - Lebih Banyak Cores Lebih baik tetapi 4 sudah memadai
Jika anda melihat di kotak smartphone, biasanya akan tertulis "Quad Core" atau "Octa Core" yang menunjukkan bilangan CPU di dalam telefon berkenaan.
  • Single Core - 1 CPU
  • Dual Core - 2 CPU
  • Quad Core - 4 CPU
  • Hexa Core - 6 CPU
  • Octa Core - 8 CPU
Secara teorikalnya, lebih banyak core lebih pantaslah smartphone tersebut beroperasi tetapi setakat ini 4 cores sudah mencukupi kerana masih ada aplikasi yang memerlukan sehingga 6-8 cores untuk beroperasi.


4 - Kelajuan CPU - Lebih Laju CPU lebih baik
CPU berperanan sebagai otak kepada smartphone. Bahagian inilah yang membuat pengiraan matematik dan juga logik di dalam telefon anda. Jadi sekiranya anda diberi telefon A yang berkelajuan 1.7GHz dan telefon B yang berkelajuan 2.3Ghz, pilih telefon B.


5 - Software - Tidak Perlu dipertimbangkan
Biasanya jika anda pergi membeli telefon di kedai, penjual di kedai tersebut akan menerangkan kelebihan telefon tersebut termasuklah kelebihan 'softwarenya'. Untuk pengetahuan semua, software bukanlah sesuatu yang penting bagi smartphone anda. Ini kerana, anda boleh mendapatkan hampir kesemua software tersebut di Play Store.


6 - Jenama - Pilih Jenama yang terkenal
Jenama sememangnya penting ketika anda memilih smartphone. Kenapa? Ini kerana jika jenama smartphone itu sudah terkenal atau matang, maka kualiti produknya adalah baik. Ini termasuklah berkenaan isu waranti, testing, software, maintenance dan lain-lain. Jika anda diberi situasi untuk memilih smartphone CAPAYAM yang berkelajuan tinggi dan Samsung Trend, pilihlah Samsung.


7 - Storan/ Harddisk - Lebih banyak lebih bagus tetapi 32GB sudah memadai
Harddisk adalah tempat anda menyimpan data anda seperti gambar, dokumen, video dan lain-lain. Lebih besar storan bagi telefon anda, maka lagi baguslah telefon itu. Tetapi, secara puratanya, seseorang akan menukar telefon mereka setiap 2 tahun. Jadi storan tidaklah menjadi begitu penting. Cara yang terbaik adalah jika storan telefon anda hampir penuh, pindahkan datanya ke laptop atau komputer anda.


8 - Kamera - Terpulang kepada pemakai
Jika anda gemar mengambil gambar, jadi belilah telefon yang mempunyai kamera yang canggih. Jika anda bertanya berapa megapixel yang ok, bagi kami 8 megapixel sudah cukup.


9 - 4G/ LTE - Masih Belum Penting
4G adalah internet yang berkelajuan tinggi yang mencapai kelajuan sehingga 75Mbps per saat. Ini bermakna anda boleh memuat turun satu lagu mp3 dalam masa kurang 1 saat. Tetapi masalah 4G adalah ia masih lagi belum dipasang secara menyeluruh di Malaysia. Hanya beberapa tempat sahaja yang membolehkan anda menggunakan akses 4G. Ini menjadikan fungsi 4G di dalam telefon anda sebagai satu pembaziran dalam masa 4-5 tahun ini. Lebih-lebih lagi jika syarikat telco di Malaysia masih lagi mengamalkan pelan berdasarkan "Quota".

10 - Review/ Testimoni Pengguna
Jika anda sudah tahu smartphone apa yang anda mahukan, perkara yang terpenting selepas itu adalah membaca review/testimoni dari pengguna. Ini kerana mereka sudah pun membeli dan mengetahui baik buruk smartphone yang bakal anda beli. Anda boleh membaca review tentang smartphone di portal smartphone seperti gsmarena.com.

Ada beberapa faktor lagi yang kami tidak tuliskan didalam artikel ini seperti saiz skrin dan lain-lain kerana ianya bergantung kepada pemakai. Jadi kami harap garis panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menentukan telefon mana yang bakal menjadi milik anda.  - Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan