Panas juga semalam dengan cerita mengenai pengakuan suami curang.
Sanggup berlaku curang dengan janda kerana hilang selera kepada
isterinya. Sudah tentu ramai yang panas dan tunggu apa respon Mah
terhadap perlakuan suaminya itu.
Surat jawapan Mah, isteri kepada suami curang
– Kisah sebelum ini, si suami mengambil keputusan untuk tidak pergi
kerja. Sebaliknya dia telah pergi menemui kedua ibu bapa Mah untuk buat
pengakuan mengenai kesalahannya. Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si
suami curang pulang ke rumah.
Rumahnya kosong. Tiada sesiapa.
Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga
tidak kelihatan. Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu
berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau
membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat
ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah
membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan
keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.
Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru
mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set
Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu
cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan
tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual
semata-mata. Abang ingat tak?
Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah,
termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar set-set Shaklee.
Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala
pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal,
kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha
sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap,
abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam,
tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat
kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari
solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang,
hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa
mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada
Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan
abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna.
Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu
sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka
cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki
gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana
melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila
Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung
bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang
cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa
bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah
berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem
pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah
lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang
barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa
yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun
abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.
Selalu makan daging dan kurang fiber
menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna
sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah
berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan
nutrisi, abang.
Abang sedap-sedap mengaku kurang
belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di
luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan
nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah
pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah
Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah
rela.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah
dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang
mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa.
Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya
abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak
pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…
Abang ingat Mah ni Kim Kardashian
ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner,
moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci
muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang
pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu
bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?
Kalau abang nak Mah berubah, boleh,
Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan
bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku
‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil
wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah
kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama
ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling
melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun
mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan
risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa
dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah,
kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.
Bye abang.
yang benar,
Mah.
P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam,
Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada
dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya. [mysuperkids.net]
Hehe.. Terbaik jawapan Mah.
Abaikan Mah betul atau tidak yang jawab. Yang penting, sikap dan perana
suami juga kan. Jangan hanya nak salahkan isteri sahaja. Paling utama,
bertaubatlah kalau dah sedar berada dijalan yang salah. Berkenaan si Mah
tu, biar dia habis bengkel tu dulu. Tak payah la si suami curang nak
meraung mencari. Kot-kot balik kembali jelita mengalahkan si Zulaikha…
hahahahaha
http://www.ammboi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan