Tips Mudah Bersyukur
Setiap pagi
bila kita bangun dari tidur, perkara pertama yang harus kita buat adalah
mengucap syukur kepada Allah kerana masih diberikan nyawa untuk terus
hidup. Namun pastinya ada diantara kita yang mungkin terlupa untuk
bersyukur coz ianya dianggap seperti rutin harian. Kerdilnya diri
kitakan...Tapi tak apa masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan
diri kerana ada beberapa tips yang nak kita kongsikan yang boleh
mendidik hati kita untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur.
Antaranya:
1. Biasakan diri kita dengan ucapan "Terima Kasih". Ingat manusia yang sukar berterima kasih dengan manusia pastinya lebih sukar berterima kasih dengan Allah.
2. Sentiasa ingat akan perkara-perkara baik yang terjadi kepada diri kita. Samada perkara yang besar maupun kecil. Contohnya kejayaan dalam hidup. Rezeki yang melimpah ruah. Keluarga yang bahagia.
3. Bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih susah.
Bandingkan kesempurnaan wajah kita yang diberikan Allah berbanding
mereka yang tak sempurna atau bandingkan "kelebihan juadah" yang
diberikan Allah berbanding mereka yang tidak punya makanan untuk hidup.
4. Sentiasa
muhasabah diri. Senaraikan perkara-perkara yang kita terlepas pandang
atau anggap remeh dalam hidup kita tapi besar hikmahnya. Udara yang
kita sedut untuk bernafas, telinga yang boleh mendengar, mata yang boleh
melihat serta mulut yang boleh bercakap atau makan. Siapalah kita tanpa
nikmat ini.
myblogsantai.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan