Home Klik Di Bawah

Rabu, 3 Disember 2014

Alasan Untuk Awek

Menjaga seorang awek ibarat membeli minyak petrol yang semakin naik harga. Mahal dan semakin banyak guna, makin cepat kering. Lepas tuh korang pandai-pandai pergi jaga lebih dari seorang awek. Bila dah terkantoi, tergagap-gagap nak jawab! Meh sini aku nak ajar sikit macam mana nak jawab dengan awek. Bukan jawab dengan Ahmad Nawab!



MINYAK WANGI PEREMPUAN
Baru lepas keluar dengan awek yang ini, keluar pulak dengan awek yang itu. Lepas itu awek tuh erbau minyak wangi perempuan yang bukan sedang dia pakai pulak tuh. Cakap je korang terpakai minyak wangi mak korang. Senang bukan?

DATING DENGAN AWEK LAIN
Si dia ternampak korang tengah syok berdating dengan awek lain. Susah apa? Cakap je awek yang dia nampak tuh sebenarnya baru lepas kena ragut dan korang tengah ambil keterangan dia untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

RESIT BELIAN
Awek korang terjumpa resit korang beli baju untuk awek lain. Jangan gundah-gulana! Cakap je korang beli baju untuk membantu mangsa banjir dan disebab korang tak banyak duit, korang cuma mampu beli sepasang je. Habis cerita!

KESAN GINCU

Ada kesan gincu di baju dan korang cuma perasan setelah awek korang perasan terlebih dahulu. Yang ini lagi senang! Cakap je korang lukis sendiri kesan gincu tuh sebab nak tahu sejauh mana cemburu awek korang. Cemburu itu kan tanda sayang?

NOMBOR TELEFON
Awek korang bertanyakan tentang nombor dengan nama perempuan dalam telefon korang. Aaa.. errr.. ermm.. Entah! Pandai-pandailah korang jawab sendiri! Bukannya awek aku pon! HAHA!

Pandai jawab, pandai jaga hati! Jadi, jangan terlepas cakap... nanti kantoi sapa yang susah.. HAhA!
 http://www.shakroil.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan