Home Klik Di Bawah

Jumaat, 19 Disember 2014

Cara Mengenali Wanita Yang Memiliki Cinta Paling Jujur

  
Seorang wanita yang benar-benar jujur dalam cintanya tidak akan memaksa seorang lelaki untuk menerima dirinya.
Dia tidak akan menghalang seorang lelaki untuk mencintai orang lain kerana dia tahu itu bukan haknya untuk menentukan pilihan hati seseorang lelaki.
Dia tidak akan menaruh dendam dan sedia memaafkan apabila cintanya ditolak oleh seorang lelaki.

Dia berhenti melakukan perkara yang tidak disukai oleh lelaki itu.
 
Dia akan memastikan lelaki itu sentiasa hidup bahagia dan terjaga melalui doa dan jika boleh, melalui pesanan kepada orang terdekat lelaki tersebut.
Malah dia akan melepaskan lelaki itu pergi apabila lelaki itu meminta agar berhenti mencintainya dan meninggalkan dia, kerana dia lebih rela membiarkan lelaki itu gembira dengan kehidupan dan cinta yang telah dipilih lelaki itu daripada terseksa melayan cintanya.

'A true and sincere woman is one who lets go when he says no.'

Wanita yang benar-benar jujur dalam cinta tidak akan terhenti setakat itu sahaja cintanya, malah dia akan menjadi lebih penyayang dan pemaaf serta berani mencintai orang lain dalam meneruskan kehidupan selepas dipinggirkan kerana hatinya sentiasa wujud api cinta yang tidak pernah padam, dan dia tahu itu juga yang dikehendaki oleh lelaki yang pernah disukainya.

Dia juga tidak sekali-kali akan meninggalkan lelaki yang ikhlas mencintainya kembali, kerana cinta dalam hati wanita ini terlalu jujur untuk menggantikan lelaki yang benar-benar menyayanginya dengan yang lain walau apa musibah datang sekali pun.
Malangnya ramai lelaki terlepas pandang wanita seperti ini dan sering memilih kaca yang bergemerlapan indah sebagai cinta setianya walaupun banyak kali dilukai oleh kaca yang sama. Namun begitu di antara lelaki-lelaki ini, yang baru belajar menjadi bijak akhirnya akan belajar untuk mengenali berlian dan memperolehnya setelah sekian lama dilukai.

Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk kesemua makhluknya tidak kira apa kesilapan yang mereka pernah lakukan.
 http://ayunirafilah.blogspot.com/

1 ulasan: