Home Klik Di Bawah

Isnin, 1 Disember 2014

Dilema Dalam Membina Baitul Muslim: nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya saya takut tak ada jodoh!

membina baitul muslim
dilemma dalam membina baitul muslim * .:souLMate:. by angelucas
Bismillahirahmanirahim, sekadar kadar mencelah disebalik kesibukan dunia. Sekian lama saya pendam tentang benda ni untuk ditulis dan sekarang la baru Allah izinkan.

Soal apa?
 

Soal baitul muslim aka nikah.

Tepatlah dengan keadaan sekarang kan, musim cuti sekolah. Banyaklah kan dapat undangankan.
Nanti bila buka facebook, banyak yang update pasal nikah, gambar tak payah cakap lahkan.

Perasaan anda yang belum nikah?

Dulu ada seorang hamba Allah ni, dia selalu cakap sahabat sahabat dia dah ramai bina baitul muslim tapi Allah masih simpan sesorang yang dia sendiri tak tahu siapa.

Perasaan dia masa tu, bercampur baur dan sekarang saya merasai benda yang sama. Okey persoalan wajib bilamana umur semakin meningkat.

Jujur kadang-kadang serabut jugak dengan pertanyaan orang ni. Ingat kita ni tak rasa nak nikah ke?
Tapi  is not the time yet !


 Jika difikirkan lah sebenarnya komitmen kita pada benda lain tu banyak lagi tak terlaksana.

Tak tahu ke pura-pura buat tak tahu je.

Saya akui, dulu masa “baru meningkat remaja” memang terniat nak bina baitul muslim pada usia yang muda, tapi kan semakin kita berjalan dimuka bumi Allah ni, semakin ramai orang kita jumpa kita akan sedar bahawa baitul muslim itu bukan sekadar cinta dan lafaz.

Tapi ia perlu dilengkapi dengan persedian dan kena sedar tanggungjawab yang bakal kita tanggung.

Kita ni nikah bukan dengan si dia je, seluruh baik buruk dia dan seluruh keluarga dia.

Bersedia ke? Tanya la hati.


Salah jika tiada pasangan di final year?

Dulu, saya pernah terbaca satu cerita yang mana diringkaskan bahawa ada orang cakap  kita ni kalau dah final year kat universiti tapi tak ada lagi pasangan maknanya berat jodoh.

Lantas saya berfikir, jodoh tu sebenarnya siapa punya ketentuan? Mulut mulut manusia? Ke Allah.

Tak percaya pada Allah ke?

Mungkin mungkin statement saya ni nampak macam a bit sombong.

Tapi kenapa perlu takut andai keyakinan pada Allah itu utuh?


Takut tiada jodoh jika bercinta selepas nikah

Beberapa bulan lepas, sahabat saya cakap, “saya nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya saya takut. Takut tak ada jodoh”. 

Saya senyum.

Rasa takut itu tak dapat dinafikan.

Nikah itu fitrah manusia. Nak disayangi nak menyayangi.

Bila hati resah , kan ada penawar, buka penawar tu, Surah yassin ayat 36 dan senyum okey.

Pegang janji Allah tu. Dunia ni tak lama pun , akhirat tu yang kekal.

So andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah. Bolehkan?
Nak sayang boleh, nak rindu pun boleh kerana itu fitrah tapi jangan kerana kita ia jad fitnah. fitnah pada agama kita.

Kawal lah, macam mana? Pesan pada diri dia dalam jagaan Allah adalah lebih baik. Dan doa, moga moga doa kita sampai padanya.

Awak cakap senang, saya yang hadapi?

Okey, saya juga pernah rasa. Saya disini tak bermakna saya sempurna, Cuma berkongsi rasa.

Ya saya pernah rasa, and you know what tak best pun nak sayang sayang nak rindu rindu orang yang belum tentu sayang kat kita, rindu kat kita.

Hati kita ni kalau kita didik untuk rindu dan sayang kearah tu lama lama ia jadi terbiasa, didiklah hati jadi luar biasa dan saya sedang mencuba juga.

Apa saya rasa sekarang tentang nikah, berpasangan?

okey, priority saya sekarang study, so saya taknak sia-sia kan masa saya untuk fikir, tapi tak bermakna tak langsung terlintas, kadang kadang sahabat perlukan kita, jadi ada masa kita buka tentang perkara ada masa kita simpan kemas kemas.

Dan sejak berada jauh dari keluarga ni saya rasa tahap kesediaan saya untuk ke fasa baru sangatlah sedikit.
Dan mungkin saja disebabkan itu Allah simpan lagi jawapan doa saya tu. Jangan takut okey.

If she or he deserve for you, it will be for you, don’t worry okey.

baitul muslim

Bilanya nak nikah?

Bila mana Allah izinkan, dan bilamana tahap persediaan kita tu ditahap yang tiptop.

Satu yang kita kena ingat jodoh ni, memang rahsia Allah dan kita boleh buat persediaan rapi, tapi mati juga rahsia Allah yang sering dilupakan, dan saat ia datang, memang kita tak sempat nak buat persediaan.

Sekadar berkongsi pendapat, moga moga peroleh manfaat.

Doakan saya jadi baik, saya doakan anda semua dalam lindungan Allah selalu.
 http://akuislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan