Home Klik Di Bawah

Rabu, 10 Disember 2014

Info - Cara Dukung Pengaruhi Perkembangan

dukung
Cara pujukan bayi menangis paling popular dan konvensional adalah mendukungnya.  Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayahnya. Tahukah anda, ketika mendukung anak, kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tenang dan rilek.

Cara mendukung anak yang betul turut membantu perkembangan badan dan fizikalnya. Ada beberapa alasan mengapa cara mendukung anak dengan betul boleh membantu perkembangan fizikal si anak.

Antara sebab tersebut adalah:




  1. Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
  1. Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
  1. Mendukung bayi secara vertical boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)

Tip Mendukung Bayi
·         Jika ibu mendukung bayi menggunakan alat penggendong bayi, pastikan tali dan pendukungnya cukup ketat.
·         Pastikan ibu boleh memeluk dan mencium bayi.
·         Jangan ikat alat penggendong bayi terlalu ketat kerana bimbang bayi sukar bernafas.
·         Pastikan anda boleh melihat bayi dengan sekali lirikan. Jika sukar melihat bayi bermakna alat penggendong diikat terlalu ketat.
·         Pastikan wajah bayi juga melihat ke atas bukan ke bawah.
·         Pastikan kepala bayi hampir dengan dagu ibu. JIka terlalu bawah ia bermakna salah posisi.
·         Pastikan juga jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.
·         Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.
·         Pastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.
pama

1 ulasan: