بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua :)
63. Al Qayyum
The Self Subsisting Sustainer Of All
Yang Maha Berdiri Sendiri-Nya / Maha Mandiri / Hidup Sendiri-
Dialah yang memegang seluruh alam semesta, iaitu baik ZatNya, SifatNya,
Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya
pula berdirinya langit dan bumi ini.
Fadhilat :
- Sesiapa yang mengulangi ‘Ya Qayyuum’, InsyaAllah tidak akan kecundang dalam kelalaian.
- Jika dizikirkan‘Ya Hayyu Ya Qayyuum’ daripada waktu Subuh sehingga terbit matahari, InsyaAllah akan dapat menghilangkan keletihan dan kemalasan.
- Sesiapa menyebut ‘Ya Qayyuum’ sebanyak mungkin, InsyaAllah ia akan memperolehikemuliaan dan kehormatan.
- Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadihartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga terserlahkewibawaannya.
- Imam Ghazali berkata bahawa sesiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagiberkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah dengan“Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, InsyaAllah akantercapai segala hajat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlulah dijadikan
amalan setiap hari dan istiqamah untuk membacanya. Bukan hanya baca 1-2x
sahaja. Ibarat asah pisau. Perlu diasah setiap hari umtuk mendapat
tajam yang diingini.
Insyaallah, bila istiqamah keajaiban itu pasti datang pada waktu yang tepat.
Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua :)
http://www.aishahnin.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan