Home Klik Di Bawah

Ahad, 14 Disember 2014

Pekerjaan Yang Terberat Sekali Di Dunia

Bagi yang selalu sahaja merungut dan merasakan beban kerja mereka adalah yang paling berat di dunia ini, sila ambil masa seketika untuk bertukar tempat dengan mereka di sini. 

Bayangkan anda, setiap hari berjalan kaki ke tempat kerja dengan mendaki gunung sejauh 4000 meter untuk sampai ke kawah gunung berapi yang masih aktif mengeluarkan asap dan cecair sulfur dengan penuh kesedaran di hati anda bahawa gunung berapi ini mungkin akan meletus pada bila-bila masa sahaja.
 
 
 
 
Sebaik sahaja sampai ke tempat kerja anda iaitu kawasan kawah gunung berapi, anda terpaksa menuruni cerun berbatu untuk sampai ke tempat punca rezeki anda iaitu sebuah tasik sulfur yang panas dan menggelegak serta mengeluarkan asap toksik berbahaya jika disedut dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan maut. 

Tugasan anda seterusnya dengan menggunakan sebatang besi, anda terpaksa pecahkan sulfur yang sudah disejukkan kepada kepingan kecil dan meletakkannya ke dalam dua bakul rotan yang anda bawa bersama. Apabila sudah cukup kepingan sulfur yang kebiasaan beratnya sehingga 90kg, cabaran sebenar akan bermula. 

Anda sudah boleh pulang dari tempat kerja anda dengan mengangkut kedua bakul tersebut. Dengan hanya menyandarkan dua raga seberat 90 kg ini kepada sebelah bahu , anda perlu mendaki naik dari cerun kawah yang berbatu dan berjalan pulang sejauh 4000 meter ke tempat pengumpulan sulfur. 
 
 
 
 

 

Sekarang, anda sudah boleh menerima bayaran untuk gaji harian anda. Bakul yang anda bawa akan ditimbang. Bagi kerja yang paling berat dan berisiko yang anda pernah lakukan ini, anda hanya dibayar rm15 sahaja bagi setiap 90 kg sulfur yang anda bawa pulang. Itulah mata pencarian bagi 300 pelombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen, Indonesia. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul 90kg sulfur! via TheVocket.
 
 
trendingmedia1.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan