Bismillah..
Pendahuluan
Alhamdulillah,
hari Dia masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di dunia
ini. InsyaAllah pada hari tidaklah mahu saya bercoret terlalu panjang.
Cukup sekadar ada peringatan untuk saya.
Tsunami jepun tiada siapa yang menyangkanya berlaku
Dunia
hari kian tiada haluan. Pelbagai kejadian sana dan sini berlaku tanpa
henti. Baru-baru ini, tsunami Jepun telah melanda yang memakan
beribu-ribu orang. Tidak kurang pula dengan gempa bumi dan letusan
gunung berapi. Semua adalah peringatan dari Dia yang Maha Esa. Tapi
malangnya, sedikit sahaja manusia yang berfikir dan mengambil pengajaran
dari peristiwa-peristiwa sebegitu.
Itu baru
sedikit sahaja peringatan dari Allah, bukan lagi Hari Kebangkitan atau
Kiamat. Dan kita pun tidak tahu bila ia akan berlaku. Mungkin tahun
depan atau 10 tahun lagi atau 100 tahun lagi atau 1000 tahun lagi atau
beribu-ribu tahun lagi. Semuanya tidak ada dalam genggaman kita. Bila
sampai masa dan ditakdirkan berlaku maka berlakulah ia. Tiada lagi
taubat dan kompromi untuk kita. Penyesalan pada masa itu hanya tinggal
penyesalan.
Dengan kesempatan diberi oleh Allah
kepada kita. Ayuhlah sama-sama kita renung kembali diri kita. Adakah
kita selama ini telah dan sedang mengumpul bekalan untuk menghadap-Nya?
Jika ya, apakah ia bertepatan apa yang dikehendaki oleh-Nya?
Jawapannya tentu mencari MARDHOTILLAH (redha
Allah). Bagaimana hendak mendapat redha Alah itu? Ya, lakukanlah apa
yang dikendaki-nya dan tinggal apa yang dilarangi-Nya, ikut apa yang
disyariatkan oleh-Nya dan lakukanlah amal-amal hanya kerana Allah.
InsyaAllah kita mendapat redha Allah.
Sebab apa perlunya kita kepada Allah?
Kerana dengan kita mencari mardhotillah
kita akan diberi oleh Allah rahmat dan barakah. Rahmat adalah kunci
kepada kita untuk masuk ke syurga-Nya dan barakah adalah nikmat yang
cukup dicari oleh manusia. Tida semestinya umur kita panjang kita boleh
masuk syurga dengan amalan murni kita. Hanya dengan kita mendapat rahmat
dari Allahlah kita mampu masuk syurga-Nya. Jadi, rugilah kalau kita
lakukan segala kerja tetapi tiada redha Allah yang kita dapat.
Pastikan kita berada dalam genggaman-Nya
Akhir
kalam, sama-samalah kita berdoa dan harapkan agar redha Allah
bersama-sama dengan kita dan dengannyalah Allah benarkan kita memasuki
syurga. Jadikanlah mardhotillah idaman kita. Carilah ia bukan hanya sekadar menanti.
Carilah ia bukan menanti
Walahu a'lam..
p/s - sekadar perkongsian untuk diri ini bila ia terasa kosong dan dikelilingi Jahiliyah
destinasibaru.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan