Home Klik Di Bawah

Selasa, 2 Disember 2014

Resepi Nasi Kebuli.. Makanan Warisan Diraja Pahang ✲

Ok..cuti Hari Malaysia tu MIL masak Nasi Kebuli, singkatan nama kpd Nasi Kebawah Duli..tak brp igt kali keberapa MIL msk nasi ni tapi sedap, dgn rasa rempah2nya. Kpd yg x tahu Nasi Kebuli ni merupakan makanan warisan Diraja*dr singkatan namanya kita dah tahu negeri Pahang terutamanya sebelah Kuala Lipis. MIL mmg asal dr sana* pnh jd geng mak Dato' Siti menyanyi kat kenduri kawin masa muda2 dulu tu..:-). Dipercayai ia juga merupakan slh satu santapan Diraja Phg.Skrg ni kebiasaannya dimasak bila ada keramaian atau kenduri kendara sahaja. So mmg susah nak dpt kecuali masak sendiri la.



Jom kita tengok resepi dan cara2nya...






Nasi Kebuli
 
Utk 3 ekor ayam..so kalau nak msk sdkit tu adjust le apa yg patut :-)

Bahan2 :
Utk Lauk - di perap selama 5jam
3 ekor ayam - di bersihkan dan dikelar
nak belah 2 @ 4 pun boleh
7 cm kunyit hidup
nak guna yg sebuk pun boleh tp kurang power la
sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Bahan Menumis -dikisar
10cm halia - dihiris 
6cm lengkuas - dihiris
3 ulas bwg merah -dihiris
1/4 cwn ketumbar
4 batang serai -diketuk
1/4 cawan lada hitam

Cara Masak Ayam

 
perlu siapkan ayam terlebih dahulu sbb kita perlukan air rebusan dan minyak menggoreng aym nti.
Tumiskan bahan2 yg dihiris ,kemudian masukkan lada hitam dan ketumbar, masukkan air secukupnya. Masukkan ayam yg telah diperap dan biarkan mendidoh sehingga ayam lembut. Tambah garam dan perasa*jika mahu secukupnya. Angkat & Toskan. 
Panaskan minyak yg banyak untuk menggoreng ayam tadi. Goreng hingga keperangan, tak perlu terlalu lama coz ayam dah empuk. Angkat dan toskan..Aromanya rempahnya..huhh..:-). Kemudian boleh dipotong ikut suka hati nak besar mana. According to MIL, NK ni dimakan dlm kuantiti yg sedikit tapi banyak lauk...katanya masa dia kecil dulu arwah Tok Aki akan sediakan setiap anak seekor ayam kg muda...maklumlah..ayam tu peliharaan sendiri.

Untuk Nasi
8 cawan beras basmathi 
 dibasuh dan rendam selama 20 minit & ditoskan. Goreng beras tadi sekejap sehingga sedikit retak. Masukkan dalam rice cooker, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi kedalam rice cooker secukupnya*MIL ajar..guna sukatan jari telunjuk..air rebusan disukat dari aras beras hingga pangkal jari telunjuk. Senang jer. Pastu tunggu lah hingga masak sepenuhnya. Bila dah masuk MIL letakkan sejenis daun yg dipanggil daun tutor diatas nasi tadi. Tujuannya utk dptkan aroma bau daun tu.

Ok...sekarang dah siap..nasi tu boleh dimakan bersama lebihan air rebusan ayam yg berempah tadi. Just simple like that. Tapi skrg ni if nak makan, mesti mak prepared dgn salad, mentimun dan tomato serta sambal cili merah..dah mcm ulam nasi ayam la pulak. Tapi rasanya mmg berbeza dari segi rasa rempahnya . Nak tahu  sedap ke tak cuba la sendiri ye  -

Dan inilah hasil me belajar tengok MIL buat. Lepas ni nak cuba buat sendiri kat rumah . Nak tengok apa kata 'juri2' berdua tu nanti.



In the making of ayam
In the making of Nasi Kebuli..ats tu daun tutor
Ready untuk dimakan
     rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan