Home Klik Di Bawah

Jumaat, 5 Disember 2014

Resepi - Sambal Tumis Daging

SAMBAL TUMIS DAGING

SAMBAL TUMIS DAGING
Tambah kapsyen

BAHAN-BAHAN:
300 gm daging (hiris nipis)
1 batang serai (dititik)
3 helai daun limau purut
250 ml air asam jawa
1 biji bawang besar (hiris bulat)
60 ml minyak masak
300 ml air Garam dan gula




 BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga garing. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut. Tumis seketika hingga naik bau.
2.Masukkan pula daging dan air. Reneh sehingga daging empuk dan airnya kering.
3.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Didihkan sehingga pecah minyak.
4.Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. 
 sajionline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan