Home Klik Di Bawah

Rabu, 31 Disember 2014

Resepi - Singgang Ikan Daun Selasih

   P1250809

 BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan japanese mackerel, siang, kerat, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
1 genggam daun selasih
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)




BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 biji cili padi merah thai
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik, hingga harum. Tuang air secukupnya, dan masukkan asam gelugor. Masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, daun selasih dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi putih dan ulam-ulaman...
che mat gebu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan