Home Klik Di Bawah

Jumaat, 26 Disember 2014

Tasik Luar Biasa Ini Airnya Mendidih Setiap Hari.

  
 Perlu berfikir seribu kali jika ingin menyentuh air di tasik ini. Disebut dengan "Dominica Boiling Lake", sebuah tasik yang airnya luar biasa panas hingga mendidih. Permukaannya diselubungi asap wap panas bagaikan air mendidih yang dimasak di atas kuali . Tasik yang menyeramkan bukan?

Terletak di Taman Negara Morne Trois Pitons, Dominican, kira-kira 10.5 km dari Roseau, ibu kota Dominican. Suhu air tasik di bahagian tepinya sahaja mencapai 82-91,5 darjah Celsius. Di bahagian tengahnya dianggarkan suhunya lebih dari itu, lebih panas bahkan diperkirakan mencapai titik didih. Kerana sangat berbahaya, belum ada yang berani mengukur suhu di bahagian tengahnya.
 


Menurut laman web Tourism on The Edge, Boiling Lake mempunyai fumarol iaitu sebuah lubang di dalam kerak bumi yang biasanya terdapat di sekitar gunung berapi. Fumarol mengeluarkan gas-gas gunung berapi yang merebak ke seluruh air tasik. Itulah yang membuatnya terus aktif mendidih.

Tasik ini memang sangat berbahaya untuk diseberangi. Walaupun demikian banyak pelancong yang terpikat untuk melihat tasik unik ini. Bahkan ada yang pernah berani menyeberanginya, iaitu George Kourounis. Seorang pembuat filem pengembaraan itu menjadi orang pertama yang pernah menyeberangi tasik tersebut dari atas. Dengan menggunakan tali ia berani menyeberangi tasik di bahagian yang paling mendidih.Perkara tersebut difilemkan untuk siri TV Angry Planet.
  

  

  



gaban comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan