Home Klik Di Bawah

Selasa, 23 Disember 2014

The Musulman : Satu-Satunya Akhbar Tulisan Tangan Di Dunia

Paper!

Akhbar. Kami tak ingat kali terakhir kami membeli akhbar fizikal. Masa kes kami masuk mahkamah tempoharipun kami tak beli paper padahal muka terpampang kacak di kesemua akhbar tempatan. Edaran akhbar fizikal di Malaysia semakin berkurangan kerana lebih ramai lebih suka membaca berita free dari portal atas talian.

Di Pakistan akhbar masih hidup dan ada sebuah akhbar yang kandungannya ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tangan. The Musulman sudah beroperasi dengan teknik tulisan khat sejak 1927. Tiga orang penulis khas ditugaskan menulis berita secara manual. Dua orang penulis wanita dan seorang lelaki menghabiskan 3 jam setiap hari melakukan reka letak untuk akbar empat mukasurat ini. 

Ini namanya dedikasi dan pastinya memerlukan kesabaran. Menggunakan program DTP dan komputer adalah terlalu mainstream. Sesungguhnya The Musulman ialah akhbar paling hipster di dunia!




 


 
 

Sumber Wikipedia / blog serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan