1. Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
2. Beli Lebih Awal
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
3. Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!
4. Rajin Membuat Perbandingan
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun dan perayaan.
5. Rajin Mengetahui Promosi Destinasi Yang Dituju
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.
Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan.
selongkar10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan