Home Klik Di Bawah

Isnin, 19 Januari 2015

Fakta - 5 Pesawat Yang Hilang Dan Menjadi Misteri Sehingga Kini

Tahun lepas merupakan antara tahun yang amat malang untuk industri penerbangan dunia. Beberapa kejadian yang melibatkan kapal terbang telah berlaku. Setakat ini, kehilangan Malaysian Airlines MH370 pada bulan Mac 2014 masih menjadi misteri untuk semua.
Tahukah anda, terdapat juga beberapa misteri melibatkan pesawat lain yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini? Berikut adalah antara pesawat yang telah hilang secara misteri dan menjadi tanda tanya hingga kini.
 
1. Mac 2014: Malaysian Airlines MH370 
2. 2003: American Airlines N844AA
Pesawat ini telah dicuri oleh 3 orang lelaki daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de Fevereiro di Angola. Pihak FBI dan CIA giat mencari pesawat ini tetapi sehingga kini masih tidak dapat ditemui.
1947: British South American Airways Star Dust
Pada 2 Ogos 1947, pesawat ini terhempas di Banjaran Andes, Amerika Selatan ketika dalam perjalanannya ke Chile. Operasi mencari pesawat tersebut gagal dan nasibnya kekal secara misteri untuk 50 tahun. Pada tahun 90-han, serpihan Star Dust mula timbul di dalam glasier ais. Mesej terakhirnya di kod Mors ialah STENDEC yang maknanya masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.
3. 1962: Flying Tiger Line 739
Flying Tiger Line 730 merupakan kapal terbang tentera Amerika Syarikat (AS) yang telah lenyap tanpa memberi panggilan kecemasan. Pesawat tersebut membawa 93 anggota askar AS dan 3 anggota askar dari selatan Vietnam. Mereka dalam perjalanan dari California, AS ke Saigon,Vietnam. Teori konspirasi yang dicadangkan adalah sabotaj.
4. 1978: Frederick Valentich yang terserempak kapal UFO
Frederick Valentich yang berumur 20 tahun dari Australia telah hilang semasa di satu latihan penerbangan pada 21 Oktober 1978. Pesanan terakhirnya adalah terdapat satu kapal UFO yang sedang terbang di atas pesawatnya. Teori kehilangannya termasuk kes bunuh diri ataupun serangan kapal UFO yang asli.
5. 1945: Pesawat tentera AS 19
Pesawat tentera AS 19 adalah sepasukan 5 pesawat pengebom-pengebom torpedo yang hilang di lautan Bermuda Triangle secara bermisteri pada 5 Disember 1945. Kehilangan 5 pesawat ini kemudiannya telah membawa ke lagenda Bermuda Triangle. Teori yang lain adalah kesemua pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan.
tao tau ajer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan