Tak abis lagi cerita buah pisang ni lagi.. Hahahaha... nasib badan le
yer.. ada lagi baki buah pisang ni selepas saya tamak perisi
biji-bijinyer saya frozenkan dalam frezeer. Kekonon nak masak
macam-macam le sangat... apam le bagai tapi hapa pun tarak.. last2 nak
perabiskan pisang ni saya wat kek lagi... hehhheeh tak abis2 kek lagi
kan.... peduli apa saya.. yang penting abis.. selesai sedekah kat jiran
tetangga..... Resepi saya amik
Yang saya buat ni adunan untuk 3 loyang yer. Itu yang saya pilih resepi
ni.. biar settle semua pisang tu...
Kalau kawan-kawan nak buat ..
bahagi 2 atau 3 yer dari resepi ni..
gedebob... |
Bahan-bahan
*500 gm Pisang yang dilenyek*1 cawan Santan (boleh di gantikan dengan susu full krim atau susu cair)
750 gm Tepung gandum
3 sdt Bikabonat
3 sdt Baking Powder
2 cwn Minyak masak
6 bijiTelur gred A / 7 biji telur gred B
600 grm Gula pasir
1sdt Perasa Pisang
badam dan coklat cip untuk taburan atas kek
nota : bahan bertanda * dicampur bersama
Cara-caranya
Mula2 pukul telur dan gula guna mixer hingga gebu. Sambil tu ayakkan tepung bersama-sama bikabonat dan baking powder
Apabila telur dan gula dah gebu masukkan pisang yang telah di gaul
bersama santan tadi, putar sehingga sebati kemudian masukkan tepung yang
telah di ayak tadi. putar sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan minyak masak dan putar sekali lagi. Jangan lupa letakkan esen pisang juga yer.
Lenserkan loyang dengan margerin kemudian bahagikan adunan sama rata
setiap loyang...bakar dalam oven pada suhu 150 darjah celcius selama 35
minit. ni suhu oven saya.. ikut kebiasaan suhu oven masing-masing yer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan