Assalamualaikum...
Kalau
perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati.
"Apalah
perempuan, tak pandai masak saipa nak kahwin dengan awak!" Begitulah
kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat
kami.
Maka
jawablah di gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab
dari kecik tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan
perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat
"Sedang
belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya sibuk belajar
agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si
gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-deleng kepala.
Baginya
tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita
sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walaupun ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin
ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki
meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagi perkara utama dan ungkapan
hendak memikat suami , perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak
kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
menyumbang utama keangan dalam rumahtangganya.
Sekarang
bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun
kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak
mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu
bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak
tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika
handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitu standard yang telah
ditetapkan.
Bolehkah
kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak
pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga
sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul
juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi
pelbagai seleranya?
Maka
bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang
sati ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia
merasakan isterinya lebih handal.
Ada
juga kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada
juga menjawab, rasa kelakar pula adapila dirinya yang rugged menjadi
imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat wanita
perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki
juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua
keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak
pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya
lelaki!.
se njamendamaikan.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan