Home Klik Di Bawah

Selasa, 6 Januari 2015

Tabiat Buruk Kebanyakan Rakyat Malaysia..!!!

Untuk info, Rakyat Malaysia menduduki tempat ke 34 dari 36 negara yang mempunyai perangai buruk di dunia melalui kajian oleh Reader Digest.

Memetik sumber yang dikongsikan di sebuah blog  , berikut dapat kami senaraikan antara sikap dan perangai negatif rakyat Malaysia yang seringkali terjadi dikalangan masayarakat negara ini.

1. Memandu Secara Melulu


Memandu secara melulu & membahaya seperti menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat kanan/kiri dan membunyikan hon dengan sewenang-wenangnya hanya kerana ini cepat sampai ke destinasi.

2. Tidak mematuhi papan tanda – Makan di dalam LRT, merokok di kawasan larangan merokok, membuang sampah di merata-rata, serta meletakkkan kereta di zon larangan letak kereta.

  



3. Parking Kenderaan Di Tempat Tak Sepatutnya
Merampas tempat letak kereta yang telah ditunggu oleh pemandu kereta yang lain dan parkir di tempat khas untuk golongan OKU. Parking petak isi minyak di stesen minyak untuk cucuk duit di atm, tandas, beli barang dan sebagainya.


4. Tidak Memberikan Tempat Duduk Pada yang lebih memerlukan

Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan seperti wanita mengandung dan orang tua dalam pengangkutan awam.

5. Tidak Memberi Laluan Kepada Penumpang Keluar Terlebih Dahulu
Tidak membenarkan atau memberi laluan keluar kepada penumpang pengangkutan awam sebelum masuk.

6. Tidak Flush Tandas

Selepas menggunakan tandas awam, tidak flush air

7. Tidak Menahan Pintu Lif

Tidak menahan pintu terbuka atau pintu lif untuk orang yang masuk selepas mereka.

8. Tidak Mengucapkan Terima Kasih
Tidak mengucapkan ‘Terima Kasih’ apabila seseorang melakukan sesuatu yang baik untuk anda.

9. Meninggalkan Troli bukan di tempat sepatutnya
Tabiat buruk seperti meninggalkan troli pasaraya di tempat letak kereta, mencangkung di tandas duduk / mengotorkan tandas awam.

10. Kerap lewat 
Tidak dapat menepati masa. 
selongkar10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan