Namun ianya bukan penghalang untuk anda secara anggun dan bijak menangani pujian seterusnya dari sesiapa pun dan kami ada panduan untuk anda ikuti.
1. Kenalpasti si pemberi pujian
Apa perasaan anda jika pujian yang anda berikan kepada seseorang rasa seperti tidak diendahkan sedangkan penerima pujian itu sebenarnya malu dan segan, sama seperti anda. Di sini pentingnya untuk anda kenalpasti dan lihat terus ke mata pemberi pujian untuk memberikan tanda yang anda sedar akan pujian yang diberi dan akan melakukan perkara nombor dua …2. Senyum seikhlas hati
Tidak kiralah senyuman sekerat, sepenuh hati sehingga nampak gigi yang penting bibir anda perlu mengukir senyuman buat si pemberi pujian. Ia satu cara yang automotik untuk memberitahu yang anda gembira dengan pujian yang diberikan tanpa sebarang kata kata. Well…
3. Ucapkan terima kasih
Selepas senyuman terukir di bibir, jangan pula anda mula terfikir yang anda tidak layak menerima pujian yang diberikan kerana tidak melakukan sehabis baik. Anda layak menerimanya dan wajiblah untuk anda mengatakan terima kasih kepada pemberi pujian.
Dua patah perkataan itu cukup untuk memberitahu yang anda hargai kata kata pujian mereka.
4. Jangan Ikuti Dengan Perkataan ‘Tapi…’
Ini silap besar kebanyakan wanita yang memang diajar sejak kecil untuk merendah diri ‘kan? Cuba elak untuk mengucapkan ungkapan terima kasih diikuti perkataan ‘tapi…’ yang jelas seakan menafikan pujian yang diberikan oleh teman anda.
Agak biadap untuk menafikan atau menolak pendapat baik orang lain terhadap diri anda, sebagai ganti katakan sahaja terima kasih dan diikuti ‘saya hargai sangat kata kata anda’.
5. Percaya dengan pujian yang diberi
Mungkin susah untuk anda yang mempunyai masalah keyakinan diri, namun percaya kepada apa yang dikatakan kepada anda merupakan langkah terakhir untuk menerima pujian dari orang lain.
Anda mungkin tidak sempurna dalam apa yang dilakukan namun jika pujian itu datang dari mulut seseorang, bermaksud memang mereka ikhlas dan anda yang terbaik di mata mereka.
rotikaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan