Dalam sebuah halaqah yang dihadiri oleh para sahabat wanita, Rasulullah
S.a.w bersabda: "Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian semua meskipun
dengan sebahagian daripada perhiasan kalian!"
Mendengar pesanan Nabi S.a.w di atas, Zainab isteri Abdullah ibnu Mas'ud
r.a, segera pulang ke rumah dan menemui suaminya. Dia berkata,
"Suamiku, engkau adalah orang yang miskin. Sementara itu, Nabi
memerintahkan kepada kami agar bersedekah. Oleh kerana itu, temuilah
baginda dan tanyakanlah, adakah aku boleh bersedekah kepadamu. Jika
boleh, aku akan bersedekah kepadamu! Jika tidak, aku akan bersedekah
kepada orang lain."
Mendengar permintaan isterinya, 'Abdullah ibnu Mas'ud berkata: "Engkau sahajalah yang menemui baginda."
Zainab akhirnya pergi ke rumah Nabi S.a.w. Tiba-tiba, dia mendapati
seorang wanita daripada kalangan Ansar berada di depan pintu rumah Nabi
S.a.w dan mempunyai masalah yang sama dengannya. Sementara itu,
Rasulullah S.a.w adalah seorang yang telah dianugerahkan kemuliaan.
Mereka pun akhirnya menunggu di depan pintu rumah baginda.
Tidak lama kemudian, Bilal keluar dari rumah Nabi S.a.w. Dengan segera
Zainab dan wanita Ansar itu berkata: "Wahai Bilal, temuilah Nabi dan
beritahu kepada baginda bahawa ada dua orang wanita di depan rumah
baginda yang ingin bertanya tentang sesuatu, adakah kami boleh bersedekah kepada suami ataupun anak-anak yatim yang kami asuh? Tetapi, jangan beritahu siapa kami!"
Bilal segera menemui Rasulullah S.a.w dan menyampaikan pertanyaan
kedua-dua wanita itu. Rasulullah S.a.w bertanya, "Siapakah mereka?"
Bilal menjawab; "Mereka adalah Zainab dan seorang wanita dari kalangan Ansar."
Rasulullah S.a.w bertanya; "Zainab yang mana?"
Bilal menjawab; "Isteri ‘Abdullah bin Mas’ud."
Rasulullah S.a.w bersabda; "Mereka mendapat dua pahala, iaitu pahala kaum kerabat dan pahala bersedekah." [HR al-Bukhari dan Muslim]
Penulis kitab 'Umdah al-Qari fi Syarh al-Bukhari membincangkan hadits
ini dan mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang dapat
disimpulkan daripadanya.
Pertama, anjuran agar memberikan
nasihat dan peringatan kepada wanita mengenai akhirat dan hukum-hukum
yang berkenaan dengan mereka, serta dorongan kepada mereka agar sering
bersedekah. Semua itu dilakukan selagi tidak mendatangkan fitnah, sama
ada bagi orang yang dinasihati mahupun pemberi nasihat.
Kedua, isteri boleh bersedekah dengan harta miliknya tanpa keizinan suami.
Ketiga, dalam sedekah sunat tidak diperlukan ijab dan qabul, tetapi cukup dengan adanya sesuatu yang disedekahkan.
Selain itu, hadits ini juga menunjukkan beberapa perkara;
Pertama, keutamaan bersedekah
kepada suami dan anak-anak yang termasuk dalam kelompok yang berhak
menerima zakat. Ini kerana memenuhi keperluan mereka adalah kewajipan
ibu bapa.
Kedua, segera mengamalkan pengetahuan agama yang telah diketahui.
Ketiga, kewajipan mencari ilmu bagi wanita sama seperti lelaki.
Dalam hal mencari ilmu, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits di
atas, kaum wanita boleh keluar rumah untuk bertanya tentang pelbagai
masalah agama seperti mana kaum lelaki.
[100 pesan Nabi untuk wanita Shalihah - Badwi Mahmud As-Syeikh]
unikversiti.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan