Home Klik Di Bawah

Selasa, 17 Februari 2015

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Yang Penyabar?

| Setiap kali kita diuji, pasti ada orang sekeliling yang meminta kita untuk bersabar. Namun jika kita berterusan diuji, pasti diri akan terasa tertekan. Dan kita akan cepat berasa marah atau mudah terasa hati. Orang cakap sedikit je, kita dah sentap.

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Yang Penyabar?
Sukar ke untuk menjadi seorang yang penyabar? Tidak, jika anda tahu tahu caranya.




Tips Menjadi Seorang Yang Penyabar

1. Melihat orang yang lebih susah
Apabila kita melihat orang yang lebih susah, pasti kita akan merasa bersyukur. Secara tidak langsung kita akan terus bersabar menghadapi ujian kesusahan.

2. Awasi tutur kata
Jika ada manusia yang menyakitkan hati, bersabarlah. Beristighfarlah jika berasa marah dan ucapkan kata-kata yang baik sahaja.

3.Berfikiran positif
Anggaplah segala ujian dan dugaan dari Allah SWT sebagai tanda Dia sayangkan kita. Selalulah positif, bersangka baik dan bersabar.

4. Pelihara pandangan mata dan hati
Pandangan mata hanyalah nafsu semata-mata. Jagalah pandangan mata agar lebih mudah bersabar mengawal nafsu. Singkirkan perasaan dengki dan dendam dalam diri.

5. Menjaga sumber rezeki
Pastikan rezeki yang dimakan dari sumber yang halal dan jangan makan secara berlebihan. Rezeki yang haram atau makan berlebihan akan menyebabkan sikap kita menjadi buruk (pemarah dan tidak sabar).
Bila kita rasa diri sedang diuji, dekatkan diri padaNYA. Minta diberikan kesabaran untuk menghadapi saat-saat sukar. Bila kita rajin berdoa, InsyaAllah hati akan berasa tenang.
 http://cardova.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan