Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini
adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan
merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak.
Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini
hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada
suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan
mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian,
perlindungan dan cinta serta sayang.
1. Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan
anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak.
Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan
anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.
2. Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang
diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada
seorang lelaki yang menjadi suaminya.
3. Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri
dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh
akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap
kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan
kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan
kemarahan.
4. Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya.
5. Suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam
tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan
pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih
menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam
kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang
oleh Allah.
6. Suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat
isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang
baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di
jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.
7. Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya,
isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu
mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi
bangsa, negara, dan agamanya.
8. Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya
dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa
serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.
9. Suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…
http://ummiiza.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan