Home Klik Di Bawah

Khamis, 5 Mac 2015

Cenderahati Yang Boleh Anda Dapat Percuma Ketika Melancong

Tahukah anda, bahawa anda tidak perlu mengeluarkan sesen bajet pun untuk dapatkan suatu cenderahati yang boleh dijadikan kenang-kenangan. Mari tengok apa yang saya cadangkan untuk mendapatkan cenderahati percuma ketika melancong atau bercuti.

Sebenarnya, saya dah lama guna kaedah ini untuk mengumpul cenderahati. Sejak mula bekerja dulu, di mana saya kerap ke merata tempat, maka saya telah memikirkan cara paling jimat untuk abadikan kenangan sesuatu tempat yang pernah saya pergi. Tanpa mengeluarkan sesen bajet pun, saya dah berjaya mengumpul lebih 50 cenderamata atau cenderahati dengan cara ini -
Tips untuk mendapatkan cenderamata atau cenderahati percuma 


17 Cenderahati Secara Percuma Ketika Melancong

Apakah cenderamata atau cenderahati percuma yang saya maksudkan.
  1. Botol syampu comel hotel penginapan.
  2. Botol sabun comel hotel penginapan.
  3. Sabun hotel.
  4. Set toiletries - pencukur, berus gigi, ubat gigi, putik kapas.
  5. Mancis api dengan logo hotel.
  6. Tempat gantung - do not disturb.
  7. Selipar bilik hotel.
  8. Pamplet hotel.
  9. Sampul surat dengan logo tempat penginapan.
  10. Pen dengan logo tempat penginapan.
  11. Pensil dengan logo tempat penginapan.
  12. Tiket kapal terbang destinasi pelancongan atau percutian.
  13. Tiket bot atau ferry destinasi percutian.
  14. Tiket masuk satu-satu lokasi percutian.
  15. Botol air percuma yang ada logo penginapan.
  16. Lapik bekas minuman.
  17. Gambar.
Semua ini boleh anda dapati secara percuma sebagai tanda ingatan dan cenderahati. Tak perlu bajet khas untuk membeli cenderamata.


Tips untuk mendapatkan cenderamata atau cenderahati percuma 

Tips untuk mendapatkan cenderamata atau cenderahati percuma

Amacam? boleh guna pakai tak idea saya ini?

Dulu, semasa saya kerja dengan group penyelidik USM, apabila kami travel dan menginap di hotel, pasti kami akan 'berebut' cenderahati percuma ini. Jadikan koleksi khas. Ia mungkin nampak satu hobi biasa, tetapi lama kelamaan ia boleh menjadi sumber duit untuk anda kerana nilai sejarah yang bakal ada pada cenderahati ini.
Tips untuk mendapatkan cenderamata atau cenderahati percuma
Pilih mana-mana yang sesuai dengan ada dan mudah. Jangan pilih semua, sebab nanti akan menyemakkan rumah .. haha.

Untuk bekas-bekas seperti botol syampu, sabun dan seumpanya, jika boleh biar ia berisi, dan bukannya botol-botol atau bekas kosong. In Sha Allah, satu hari nanti ia akan menjadi barangan antik yang bernilai tinggi.
http://www.hasrulhassan.com/

1 ulasan:

  1. Salam. hee kalau sudah banyak memey menyemakkan rumah saja.

    BalasPadam