Home Klik Di Bawah

Ahad, 15 Mac 2015

Kenali Jenis - jenis manusia yang "Annoying" dalam train

  Salam. saja je buat entri ni, terfikir masa naik train tadi. suka suka je.. lau terkena tu minta maaf lah ye...


1. Penumpang yang suka berlagak
 
Kalau cakap telefon bukan main lagi kuat. Nak satu train dengar.
 
 “ Ye Dato’ .. business 8 juta tu.. bla bla bla  bla..” (sambil tu mata melilau nak pastikan semua orang dengar dia cakap ngan Dato dan ada business 8 Juta)
 
2 Penumpang yang berlagak ada boyfriend atau girlfriend
Kalau cakap tu punyalah gedik dan manja macam ulat bulu naik daun
 
“ Abang…. Kentut abang busuk… sayang suka…” (dengan melentokkan kepalanya di bahu penumpang sebelah)
 
 
3. Penumpang yang suka mengumpat
Selalunya naik train sama sama dengan officemate.
“Eh Salmah.. you know.. boss  kita kan kawin lagi satu…pastu bini dia kan yang pergi meminang… bla  bla bla “ (Cakap sampai tak sedar train dah sampai kat mana.. pastu nanti tanya budak sebelah.. eh dik.. tumpang tanya ni station apa ye)
 
4. Penumpang yang romantic
Ni selalunya couple baru nak membesar. Punyalah romantic macam nak termasuk bawah ketiak pakwe berpeluk . Orang keliling sellaunya tak cover cover pun buat muka berbulu kat diorang ni.. tapi diorang lagi bangga… trust me.
 
5. Penumpang yang suka bersangka buruk
Pantanglah terlanggar sikit.. mesti berdecit decit.. sambil pegang handbag macam kita nak ragut dia pastu jeling-jeling.. moral of the story kuruskan badan.. baru tak terlanggar
 
6.   Penumpang yang over concern
Pantang nampak perempuan buncit mesti bangun bagi duduk. Bagus..
“kak, silalah duduk.. akak mengandung dah  berapa bulan ye?”
“eh.. tak lah dik.. ni bukan baby…. Ni baby fat.. huhuhuhuhu… malu kitew”
 
7. Penumpang yang suka berpura pura
Bila dia nampak je perempuan mengandung masuk.. terus tidur berdengkur dengkur. Padahal seminit sebelum tu tengah selfie. Manusia tak guna tul.
 
8. Penumpang mengelabah nak duduk
Dia duduk 500 meter jauh dari anda. Pastu orang depan kita bangun nak turun.. kita baru nak angkat bontot nak duduk, tetiba manusia yang 500 meter dah duduk depan kita.. mesti dulu dia pelari pecut Negara.
 
9.   Penumpang yang kurang kasih sayang
Ni kebiasaannya lelaki. Kalau masuk train mesti cari perempuan. Duduk dekat dekat kat belakang dan melakukan aksi kasih sayang. Tip mengelakkan lelaki gila seks ni ialah bawa jarum peniti. Kalau dia dekat je.. cucuk.. confirm dia tak berani dekat.
 
10. Penumpang yang bukan manusia
Masa beratur hanya ada dua barisan. Iaitu kiri dan kanan pintu train. Tapi masa train sampai muncul  pulak empat lima barisan.. tetiba je manusia –manusia tak bertamadun yang duduk duduk dan tak beratur tu… sedap sedap je  masuk kat tengha tengah.. serius ni memang rasa nak bagi pelempang. Pastu siap kat dalam train dia pulak dapat duduk. Ishh. Memang bukan manusia betul. Sebab kalau dia manusia.. sure dia tahu peraturan dan adab.
 http://belogkiter.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan