Kisah ini telah saya paparkan beberapa hari yang lalu berkenaan dengan
kehilangan seorang wanita yang diculi#k semasa mengisi minyak kereta di
stesen minyak. Setelah di jumpai, wanita ini didapati telah dibunuh dan
organ-organ dalamannya telah dikeluarkan..lihat laporan minggu lalu
disini
Pada suatu hari, seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk
mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas
membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen
tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan
memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu
masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran
menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan
kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi
atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam
kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan
mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar
dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi
minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan
bersembunyi dikerusi belakang .
Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut
terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan
lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan
tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai k#aitan dengan ujian
untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk
membawa balik bahagian badan seorang wanita .
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak
perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala
sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu
malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik
mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah
lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian
menculik mereka
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di
dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
belogfadah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan