Home Klik Di Bawah

Khamis, 26 Mac 2015

Renungan - 4 soalan penentu nasib kita di akhirat

Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Allah pada hari Qiamat sehingga dia dipersoal akan 4 perkara :

1 * UMUR : bagaimana ia dihabiskan?

2 * ILMU : bagaimana ia digunakan?

3 * HARTA BENDA : bagaimana (dari mana) ia didapati dan bagaimana (untuk apa) ia dibelanjakan

4 * TUBUH BADAN : bagaimana ia dimanfaatkan (terutama masa muda @ sihatnya)
  • SETIAP PERKATAAN @ tulisan kita atas dunia ini akan dicatat.
  • SETIAP PERBUATAN kita atas dunia ini akan direkod oleh Malaikat di bahu kanan dan kiri.
Dan SEMUA perkataan dan perbuatan itu akan di PERSOAL dan di PERTANGGUNGJAWABKAN di mahkamah ALLAH.




Bersediakah kita untuk menjawab semua itu???
  • Berhati-hati lah dalam setiap patah perkataan (atau tulisan) yang kita keluarkan.
  • Berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan perbuatan kita atas dunia ini.
Sentiasa soal diri ;
 

Apakah perkataan atau perbuatan aku ini selari dengan kehendak Allah? Apakah Allah redha dengan ucapan atau perbuatan aku ini?
Sentiasalah berusaha untuk cari redha Allah.

Dan contoh terbaik untuk kita mendapat redha Allah itu, adalah dengan mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam.

soalan penentu nasib
Renung-renungkan dan selamat beramal.
 http://pakarhowto.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan