Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai yg suka apam
kampung ni kan. Bila sebut apam kampung ni teringat masa kecik2 dulu.
Mak kerap betul buat apam ni, kalau buat tu mesti dpt 2 loyang besar.
Kami adik2 beradik puas makan apam yg mak buat. Gara2 suka sngt apam tu,
sampai skrng saya suka apa2 jenis kuih apam. Pantang betul bila dengar
kuih apam je, tetap nak cuba buat dan rasa. Sekarang ni banyak resepi2
apam moden dan hasilnya cantik2....tapi selera kampung saya kuat, sbb tu
tetap nak buat juga apam kampung ni. Anak saya pun pelik, kenapa
digelar apam kampung. Saya cakaplah sbb ni apam dulu2, mmng makanan orng
kampung mcm mama ni...lagipun bahan2nya pun guna tepung gandum yg mmng
senang didapati......Pada peminat apam tu, boleh cuba
resepi mudah ni...sedap taw....meh tngk resepinya..
Bahan A
- 1/2 cwn gula merah*
- 1/2 cwn gula pasir*
- 2 cwn air*
- 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
- 11gm yis mauripan
- 1/2 cwn air suam
- 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
- 4 cwn tepung gandum
- secubit garam
Cara-Cara
- Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
- Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
- Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg
telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
- Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
- Lenserkan loyang 10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan
adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40
minit
- Biarkan
kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji
kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
- Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan
tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi ke dlm acuan. Biar
sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 minit.
http://yatiememories.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan