Home Klik Di Bawah

Khamis, 26 Mac 2015

Siapakah orang yang muflis?

Suatu hari, Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam bertanya kepada para sahabat Baginda;
“Pada pendapat kalian, siapakah yang dimaksudkan sebagai orang yang MUFLIS?”
Jawab para Sahabat;
“Orang yang tidak mempunyai harta.”
orang yang muflis 



Jelas Baginda;


“Bukan begitu. Orang yang MUFLIS adalah orang yang datang pada Hari Kiamat dengan kebajikan (pahala) yang banyak. Namun, dia telah MENZALIMI SESEORANG dengan MENGHINA, MEMAKI HAMUN dan MENGAMBIL HARTA ORANG LAIN (sewaktu di dunia dulu). Maka, pada hari itu tiada guna lagi dinar atau dirham. Dia akan menyerahkan segala amal kebajikannya kepada orang yang dizalimi. Jika amalannya tidak mencukupi, maka dia akan memikul dosa-dosa orang tersebut pula.”
(Dipetik dari hadith dalam kitab Majma’ al-Fawaid)

Jadi, kalau tak mahu jadi orang muflis (bangkrap) ;
  • Jangan buat zalim pada orang
  • Jangan hina orang
  • Jangan maki hamun orang
  • Jangan ambil harta/wang ringgit orang (tanpa hak)
Sama-sama lah kita beringat yer.
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan