Pernahkah anda berhadapan dengan situasi anak terlupa di mana dia
meletakkan barangannya seperti pensil, botol air, buku dan sebagainya?
Akibatnya entah berapa banyak perlu dibeli untuk menggantikan barangan
yang hilang atau terlupa dim ana letaknya.
Sebenarnya situasi begini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dan mungkin berlarutan sehingga dia dewasa. Pelupa adalah sifat normal yang terjadi kepada kanak-kanak.
Masalah kanak-kanak terlupa ini berlaku disebabkan dia hilang fokus dalam sesetengah masa. Sebenarnya papa dan mama boleh membantu melatih anak-anak kembali fokus agar masalah pelupa boleh diatasi.
Tip berikut boleh di guna pakai dalam meningkatkan daya fokus anak

- Terlalu kerap menonton televisyen antara sebab tahap fokus berkurangan kerana program yang ditonton mengganggu perhatian kanak-kanak. Oleh itu lebih baik hadkan masa menonton anak anda.
- Amalkan makanan sunnah dan berkhasiat seperti kismis, kekacang, kurma, madu dan sayur-sayuran.
- Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus seperti binaan, doh dan puzzle.
- Ajak anak membaca bersama. Mungkin pada awalnya dia tidak boleh duduk diam tapi lama kelamaan dia dapat sesuaikan diri. Pilih buku yang menarik perhatiannya.
- Galakkan anak mempunyai hobi tertentu supaya dia akan asyik melakukannya.
- Pastikan anak mengambil sarapan pagi. Banyak kajian membuktikan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi, lebih fokus dan lebih pantas mempelajari sesuatu.
- Buat aktiviti kraf bersama. Aktiviti menggunting, mencantum dan gam boleh meningkatkan fokus anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan