Home Klik Di Bawah

Rabu, 1 April 2015

Bahaya Tidur Pagi


Waktu pagi, bagi banyak orang, adalah masa yang asyik untuk bermalas-malasan. Suhu yang sejuk dan udara yang segar justru dinikmati untuk tidur. Bahkan mereka yang telah bangun solat Subuh pun tidak sedikit yang tidur lagi.

Tidur pagi selepas solat Subuh memang mengasyikkan, tetapi kebiasaan itu ternyata berbahaya. Berikut senarai bahaya tidur pagi selepas Solat Subuh:
 
 
 

Menyelisihi sunnah Rasul

Kebiasaan yang diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah bangun pagi dan terus beraktiviti tanpa tidur lagi. Selepas Subuh, Rasulullah biasa berdzikir hingga tiba waktu syuruq. Bagi umatnya, dianjurkan pula seperti itu, atau kalau ada keperluan mencari maisyah, waktu yang tersedia boleh dimanfaatkan untuk melakukan persiapan.

Tidak mendapatkan barakah waktu pagi

Dalam sebuah haditsnya, Rasulullah mendoakan keberkahan bagi umatnya yang bangun di waktu pagi. Sebaliknya, doa itu mengisyaratkan bagi mereka yang tidur lagi selepas Subuh, mereka akan kehilangan keberkatan yang disebutkan dalam doa Nabi.

Beliau shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا

"Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya." (HR. Abu Daud)

Keberkatan dalam ayat ini mempunyai makna yang luas. Secara umum maknanya adalah bertambahnya kebaikan. Bentuknya boleh macam-macam, misalnya perniagaannya berhasil sehingga boleh banyak berinfak atau kerjayanya meningkat sehingga mudah bersedekah.

Shakhr Al Ghamidi ra, sahabat yang meriwayatkan hadis ini, adalah orang yang telah membuktikan doa Rasulullah tersebut. Sebagai peniaga, Shakr biasa pergi untuk berdagang mulai pagi-pagi dan akhirnya berjaya menjadi saudagar kaya.

Malas, hilang semangat

Mengisi waktu pagi -setelah Subuh- dengan ibadah atau dzikir menjadikan masa seterusnya lebih segar dan bersemangat. Baik secara perubatan ataupun secara ruhiyah. Sebaliknya, tidur pagi selepas Subuh membuat seseorang tidak semangat di masa akan datang.

وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

"Lakukanlah ibadah (secara berterusan) di waktu pagi" (HR. Al Bukhari)

Sebahagian ulama menjelaskan bahawa ghadwah dalam hadis ini artinya adalah waktu antara Subuh dan matahari terbit.

Ulama yang berkaliber Ibnu Taimiyah menjelaskan bahawa ketika dirinya berzikir selepas Subuh, siangnya beliau semangat. Kekuatannya bertambah. Tetapi ketika tidak berzikir di waktu pagi selepas Subuh, siangnya seperti kehilangan semangat.

Lemah, mudah sakit

Tidur di waktu pagi juga boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah dan mudah sakit. Terutama sakit kepala. Menurut sebuah hasil kajian, tidur pagi menyebabkan serebrospinal bergerak ke otak. Inilah yang menimbulkan sakit kepala.

Jauh sebelum adanya kajian ini, Ibnu Qayyim Al Jauziyah telah memberikan nasihatnya. "Tidur pagi juga Menyebabkan pelbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat," tulisnya dalam Zaadul Ma'ad.

Lemah syahwat

Seperti dinyatakan dalam Zaadul Ma'ad tersebut, tidur pagi selepas Subuh juga boleh menyebabkan lemah syahwat.

Terhalang dari rezeki

Jika keberkatan boleh bermakna luas berupa hilangnya kebaikan -kalaupun tetap berlimpah- rezeki, tidur pagi juga secara khusus boleh menghalang rezeki.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah -masih dalam Zaadul Ma'ad- berkata: "Empat perkara yang menghalang datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat."

Wallahu a'lam bissawab.

*sumber bersamadakwah.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan