Home Klik Di Bawah

Khamis, 16 April 2015

Cara untuk meraih ketenangan jiwa yang hakiki

Semasa kuliah di Cyberjaya baru-baru ni, ada seorang hamba Allah datang bertemu saya, dia salam, cium tangan dan minta maaf banyak-banyak.

Kemudian dia beritahu saya kenapa dia minta maaf. Katanya dia pernah bertanya soalan pada saya (tak pasti samada di inbox facebook atau di whatsapp), tapi tiada respon dari saya menyebabkan dia “bersangka buruk” pada saya.

Dia rasa bersalah atas “dosa” tu dan hadir pada kuliah saya untuk meminta maaf.

Saya katakan padanya bahawa saya tiada dendam pada sesiapa pun dan saya maafkan semua orang sebelum saya tidur. Saya mohon Allah ampun dan maafkan semua orang Islam sebelum saya tidur.
ketenangan jiwa 



Jadi apa sahaja kesalahan dia, samada saya tahu atau tak, saya dah lama maafkan. Bahkan tak terdetik untuk anggap itu sebagai satu “kesalahan”.

Antara cara untuk meraih ketenangan jiwa yang hakiki (bukan ketenangan yang pura-pura/sementara seperti melakukan maksiat/berhibur) ialah dengan :

  • mengosongkan hati kita dari dendam kepada sesiapa pun
  • memaafkan semua orang atas apa jua salah samada kita tahu atau tidak
Sesiapa yang amalkan ini, insyaAllah lambat laun, Allah akan berikan nur ketenangan dalam hatinya yang tidak akan dia tukar oleh apa pun walau seluruh dunia.
Saya teringat kisah seorang Sahabat Nabi yang Nabi sollallahu’alaihi wasallam isytiharkan beliau sebagai ahli syurga.
Apabila diselidiki, beliau tiada amalan khusus kecuali :
  • amalan mengosongkan jiwa dari dendam dan memaafkan semua orang sebelum tidur!
Jadi saya pun nak belajar-belajar amal perkara tu. Mana tahu Allah kesian kat saya dan perkenan ampunkan dosa saya, dan perkenan matikan saya sebagai seorang muslim.

Kembali kepada hamba Allah tadi, mendengar jawapan saya, dia menyatakan bahawa dia tetap nak minta maaf kerana dia mahu ikuti pengajian saya di Cyberjaya dan khuatir sekiranya “dosa” itu belum dimaafkan akan memberi kesan kepada keberkatan ilmu yang bakal dia cedok dari hasil muzakarah setiap bulan itu.
Saya hanya senyum jer.
Credit to : Ustaz Ibnu Batoota Owsem

Mesej dari PHT :
Selagimana dalam hati anda ada dendam, rasa tak puas hati, bengang, marah dan benci… mana mungkin anda dapat ketenangan hakiki. 

Ayuh, berusahalah untuk maafkan semua orang setiap hari. 

InsyaAllah nanti Allah campakkan ketenangan dalam hati kita.
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan