Home Klik Di Bawah

Ahad, 26 April 2015

Info- Bahaya Minuman Tenaga

 minuman tenaga
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, penjualan minuman tenaga yang mengandungi gula dan kafein wajar dihentikan kerana produk tersebut boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kanak-kanak dan golongan belia. 

Menurut laporan portal Mail Online, berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Pejabat WHO di Eropah, peraturan itu perlu dilaksanakan segera memandangkan dua pertiga daripada individu berusia 10 hingga 18 tahun sering mengambil minuman tenaga seperti Redbull dan Monster.

Ketua kajian, Dr. Joao Breda dalam penulisannya berkata, kanak-kanak dan remaja yang mengambil minuman tenaga mengandungi kafein, tinggi berisiko mengalami kesan buruk terhadap kesihatan dan perkembangan tubuh.



Jelas Breda, antara penyakit yang boleh dihidapi akibat pengambilan kafein secara berlebihan adalah peningkatan kadar denyutan jantung, sawan dan kematian selain meningkatkan risiko menghidap diabetes Jenis 2.

Tambahnya, golongan yang kerap mengambil minuman tenaga mengundang masalah kesihatan lain seperti kemurungan dan ketagihan.

“Kesan menyeluruh ke atas peningkatan jumlah pengambilan minuman tenaga masih belum dikumpulkan, tetapi pemasaran secara agresif penjualan produk berkenaan dalam kalangan golongan muda tanpa pemantauan dan larangan, boleh mengundang masalah kepada kesihatan umum pada masa hadapan.

“Saya menggesa pihak bertanggungjawab di setiap negara mengenakan larangan penjualan minuman bertenaga kepada kanak-kanak dan golongan berusia bawah 18 tahun,” katanya.

Beberapa negara Eropah termasuk Denmark dan Turki mengharamkan penjualan produk minuman tenaga, manakala negara seperti Sweden menetapkan hanya pembeli berusia 15 tahun ke atas boleh menggunakan produk terbabit.
eberita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan