Home Klik Di Bawah

Selasa, 7 April 2015

Keperluan vs Tujuan Hidup


tujuanhidup
Apakah Keperluan Hidup ?

Ia adalah makanan,pakaian,rumah,kenderaan dan kehendak-kehendak lain yang bersifat fizikal dan material.Ini sebahagian telah dijelaskan oleh Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menekankan keperluan fisiologi manusia.



download
Apakah Tujuan Hidup?
Menurut Islam.tujuan hidup adalah untuk beribadah (menjadi hamba kepada Allah).Ibadah terbahagi kepada 3 ibadah asas,ibadahsunat dan ibadah umum.

Islam tidak mengajar kita memburu keperluan hidup dengan meminggirkan tujuan hidup.Tetapi hakikatnya ramai yang berbuat demikian.Apa yang difikirkan dan diusahakan mereka hanyalah untuk mendapat makan minum,rumah yang selesa,kenderaan yang baik dan kehendak-kehendak material semata-mata.

money-toilet-paper
Oleh sebab wang diperlukan untuk mendapat semua itu,maka bekerjalah mereka semata-mata untuk mendapat gaji.Pada ketika itu,keperluan hidup telah bertukar menjadi tujuan hidup.Ibadah tidak dipedulikan lagi.Hukum halal dan haram diketepikan demi mendapat keuntungan.

Islam juga tidak mengajar kita untuk memburu tujuan hidup dengan memiggirkan keperluan hidup.Siapa kata rumah,kenderaan,makanan dan kesihatan tidak penting ? Diri manusia terbahagi kepada dua komponen – Lahiriah dan batiniah.

METAFORA GALAH DAN BUAH

Namun jika diajukan pertanyaan di antara tujuan dan keperluan hidup,mana satu yang lebih penting? Jawabnya ialah Tujuan Hidup. Mengapa? Sebenarnya, hubungan antara tujuan hidup dengan keperluan hidup umpama galah dengan buah.Galah penting kerana dengan galah kita mengait buah.Tetapi tentulah buah lebih penting kerana yang hendak kita makan ialah buah bukan galah.

KAIT BUAH NYOK 2
Islam mengajar kita agar memburu kedua-duanya.Kita mesti memenuhi keperluan hidup demi mendapat kemudahan dan keselesaan dari segi lahiriah dan kita juga mesti memenuhi tujuan hidup demi mendapat ketenangan dan kebahagiaan jiwa.Kedua-duanya amat diperlukan demi kebaikan dunia dan akhirat.Keperluan hidup memberikan kita senang,tujuan hidup memberikan kita tenang.

Senang itu penting,tetapi tenang itu jauh lebih penting.Apa gunanya kalau kita senang tetapi tidak tenang.Rumah besar,tetapi oleh sebab hati resah,rumah yang lapang terasa sempit dan menghimpit.Kita membina rumah dengan batu,kayu dan konkrot yang mahal,manakala rumah tangga dibina dengan kasih sayang,kemesraan dan persefahaman.Rumah dibina dengan keperluan hidup,manakala rumah tangga dibina berdasarkan tujuan hidup.

image_ea411cca393a5766b6d310b33347fe07
Jadi bekerjalah atas dasar ibadah (tujuan hidup) bukan untuk mendapat gaji sahaja (keperluan hidup).Walaupun ikhlas itu tidak menafikan hak kita untuk mendapat gaji,tetapi itu bukanlah matlamat utama dan pertama kita.Indahnya islam ialah muslim yang boleh bekerja untuk keperluan dan tujuan hidupnya pada satu masa.Kerja itulah untuk mendapat gaji dan kerja itu juga akan menjanjikan pahala.Ingatlah,orang ikhlas bekerja untuk Tuhan,bukan untuk majikan.Dalam kerja sebagai ibadah.
 http://www.pikodot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan