Home Klik Di Bawah

Khamis, 2 April 2015

Mengumpul Duit Untuk Berkahwin

Apabila bercerita tentang perkahwinan, kita membayangkan sebuah majlis indah dengan dekorasi serba cantik dan anggun, meriah dengan gelak tawa tetamu serta hidangan makanan serba enak untuk santapan raja sehari.  Tidak kurang juga dengan sogokan rancangan-rancangan perkahwinan yang mengaburi mata kita dengan majlis perkahwinan idaman yang serba mewah, persalinan pengantin rekaan pereka terkenal serta kek bertingkat-tingkat.

zain-2
Antara misi dan impian hidup adalah mendirikan rumahtangga, bagi ramai anak muda masa kini yang sudah berpasangan, bila ditanya, ‘bila mahu kahwin?’, jawapan paling popular ialah: “bila cukup duit”.

Tidak kurang juga yang bising apabila memikirkan kos untuk mendirikan rumahtangga pada masa kini yang memerlukan belanja yang banyak.  Lainlah jika anda dilahirkan dalam keluarga berada dengan ibu bapa yang pemurah dan tidak kisah mengeluarkan belanja perkahwinan anda, ataupun, anda orang terkenal yang mendapat tajaan sana sini bagi majlis resepsi anda.




Duit atau juga kemampuan mengadakan kenduri perkahwinan merupakan rintangan utama untuk menuju gerbang perkahwinan, lalu, ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman peribadi untuk ‘mencukupkan’ wang perbelanjaan dan mempercepatkan majlis perkahwinan.

Disini kami ada sedikit idea untuk anda tentang bagaimana anda boleh menabung untuk mencukupkan duit bagi misi berkahwin.  Untuk menjadikan usaha ini lebih adil, lebih elok jika kedua-dua belah pihak sama-sama mengumpul duit belanja perkahwinan.  Seperti kata pepatah moden, berdua itu lebih baik, dalam konteks mengumpul duit, semestinya.

Simpan Duit Awal-awal

Ibarat kata ibu sedari kecil, berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.  Begitulah juga jika anda boleh mula menyimpan wang seawalnya, walaupun sedikit demi sedikit, jumlah itu pasti akan bertambah jika anda mampu bertahan dan bersabar.

Menabung wang, jika tidak diamalkan dari usia muda, mungkin agak susah untuk konsisten, namun dengan bantuan kemudahan masa kini, anda boleh terus menabung ‘secara paksa’ untuk kesenangan anda juga nanti.

Arahan Tetap dan Simpanan Tetap adalah antara kemudahan-kemudahan yang disediakan pihak bank untuk meletakkan sebahagian wang anda sebagai tabungan masa hadapan. Anda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya di bank terdekat jika anda berminat.  Kepada yang pernah menabung semasa kecil, ini pastinya bukan masalah kepada anda.

Jika anda boleh asingkan RM250 sebulan untuk tabungan, tanpa gagal menyimpan selama 4 tahun, dalam tak sedar, anda berjaya mengumpul sebanyak RM12,000. Wow!

breaking-bad-money-gif

Melabur

Tidak semestinya anda harus menunggu sehingga ada wang lebihan baru anda berfikir apa yang perlu dibuat dengan lebihan itu (situasi yang jarang-jarang berlaku).  Mungkin anda boleh menjinak-jinakkan diri dengan aktiviti melabur.
retirement
Tetapi berhati-hati, bukan pelaburan tidak sahih di luar itu.  Anda boleh memilih jenis pelaburan yang memberi imbuhan konsisten serta dari institusi yang mempunyai reputasi pelaburan yang baik.  Ada banyak jika anda luangkan sedikit masa membuat carian, yang paling popular adalah ASB.  Dan apabila anda sudah membuat pelaburan, janganlah gopoh ingin menghabiskan dividen yang terima setiap awal tahun, ingat, ianya untuk kegunaan lebih besar di masa depan nanti, contohnya: perkahwinan anda!

Kurangkan Belanja Bulanan

Ya, bagaimana mahu menabung jika setiap bulan, gaji anda habis elok-elok cukup bulan? Ini memerlukan sedikit ketahanan mental dan usaha gigih untuk membuahkan kejayaan.  Yang penting, anda menetapkan niat tidak mahu meminjam untuk berkahwin dan ingin mengumpul wang untuk majlis anda nanti.
5-Signs_Im-on-a-Budget_v2_Money-Coach_the-Fiscal-Femme_Money-Coach_02.27.15
Apabila bercakap tentang mengurangkan belanja bulanan, ini bermaksud, rutin harian anda akan berubah jika tidak drastik, sedikit tetap ada dan anda harus cekal melakukannya.  Jika selama ini anda makan tengahari di luar dengan kos dalam lingkungan RM10 sehari, cuba pula membawa bekal. Bukan sahaja lebih jimat, malahan ianya juga mungkin lebih berkhasiat dari makanan berminyak diluar sana itu.
Selain dari itu, anda boleh juga bertukar menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja ataupun carpool jika ada rakan sekerja yang tinggal dalam kejiranan sama dengan anda.  Ingat, ini memerlukan kecekalan!

carpooling
Pada peringkat awal, perubahan ini boleh jadi merenyahkan tetapi bukan selamanya anda harus berbuat sedemikian. Selain dari itu, anda mungkin boleh mengubah corak anda berbelanja, mengamalkan panduan berbelanja secara berhemah dan seterusnya menambahkan wang dalam tabungan kahwin anda.

Kerja ‘part time’

Jika anda tidak mampu menabung kerana gaji yang yang betul-betul ‘cukup makan’, anda boleh cuba melakukan kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan.  Sejujurnya, ramai anak muda zaman sekarang yang membuat kerja sampingan, ada yang sehingga tiga kerja sampingan!  Ada banyak sebenarnya jika anda rajin untuk berusaha.

Jauhi Pinjaman Peribadi

Mungkin ini agak ‘terlari’ dari tajuk tetapi kami ingin tekankan disini, apabila memikirkan untuk melangsungkan perkahwinan, jangan jadikan meminjam wang dari bank atau mana-mana institusi kewangan sebagai pilihan.
Katakan tidak kepada pinjaman bank kerana ianya membawa kepada bebanan untuk anda dikemudian hari.  Berapa banyak kes dimana pasangan lama berkahwin yang masih terbelenggu hutang dengan pihak bank kerana pinjaman dengan bank yang masih tidak selesai sedangkan anak sudah semakin bertambah.
surely-you-cant-be-serious-in-airplane-gif
Ini ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sesuai dengan bertambahnya usia perkahwinan.

Secara dasarnya, itulah panduan-panduan yang telah terbukti berkesan setelah dicuba oleh mereka yang benar-benar nekad tidak mahu meminjam wang semata-mata untuk melangsungkan perkahwinan.  Jika anda benar-benar cekal, tidak mustahil anda mampu menyimpan jumlah yang mengejutkan dalam masa yang singkat sahaja.

Walaupun perkahwinan itu adalah peristiwa sekali seumur hidup, tidak perlulah berhabis sehingga menyusahkan diri semata-mata untuk kepuasan hati. Apa yang lebih penting adalah kehidupan selepas berkahwin yang semestinya tersedia beribu cabaran dan antara cabaran utamanya adalah wang.  Anda boleh dapatkan disini untuk panduan berjimat di majlis perkahwinan anda.
 http://jimatcermat.my

1 ulasan:

  1. Perusahaan pinjaman Rossa stanley itu nyata, legit, tulus penyayang

    Apakah Anda memerlukan pinjaman secara nyata? Pernahkah Anda ditolak oleh organisasi keuangan, bank dan perusahaan keuangan lainnya? Jika iya, jangan khawatir lagi karena @ ROSSA STANLEY perusahaan pinjaman, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang memberikan hassle free loan kepada individu-individu yang serius dan serius, perusahaan, badan usaha dan masyarakat umum dengan bunga sebesar 2%. Kami memiliki akses ke kumpulan uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecilnya. Dipastikan bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda. . Hubungi kami melalui layanan pelanggan kami


    N: B Tolong jangan hubungi kami jika anda belum siap untuk mendapatkan modal ventura anda

      Email: rossastanleayloancompany@gmail.com

      Viber: +15186756750

      Instagram: Rossamikefavor

      Twitter: Rossastanlyloan

      Facebook: rossa stanley nikmat

    untuk respon cepat dan cepat ....

    Mohon mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
                                                       
     
                                            DATA PEMOHON:

    1. Nama

    2. negara

    3. Alamat

    4. Jenis kelamin

    5. Bekerja

    6. Posisi di tempat kerja

    7. Pendapatan bulanan

    8. Jumlah pinjaman dibutuhkan

    9. Durasi pinjaman

    10. Agama

    11. Sudahkah anda mengajukan permohonan sebelumnya dan telah ditolak? Jika iya memberi alasan

    12.Date of Birth

    BalasPadam