Home Klik Di Bawah

Khamis, 9 April 2015

Perbezaan Antara Teguran, Mengingati Dan Panduan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semasa mula-mula menjadi blogger dulu, terasa juga seperti kena 'culture shock' maklumlah, nak bersosial di dunia maya yang terlalu asing buat diri ini. Terasa macam diri ini betul sahaja dan lantang menyatakan pandangan secara melulu.

Menegur apabila berlakunya kesilapan dan saling ingat-mengingati sebelum berlakunya kesilapan tetapi melalui kesilapan jugalah menjadi panduan untuk menjadi lebih baik 
Semakin lama berada di dunia blogging dan mengenali dunia sosial ini, semakin memahami dan matang dalam berbicara.

Bayangkanlah dulu... Kalau singgah di blog yang berbunga-bunga, ada pula widget yang pelbagai, kotak komen yang menyusahkan, ada pula popup suruh klik itu ini dan apa jua yang menyusahkan diri ini, mulalah nak tegur.
 

Sampai lupa pula akan perasaan orang lain walaupun tiada niat untuk berbuat sedemikian. Itu tentang isu remeh, belum lagi yang melibatkan kandungan entri dan perbezaan pendapat! Mungkin ada diantara sahabat lama yang mengenali sikap BM dulu...

Pernah juga menegur seorang blogger otai yang tak menjawab soalan yang ditanyakan sehingga akhirnya malu sendiri...hehe. Itulah pengalaman di awal blogging yang menjadi satu panduan dan pengajaran berguna buat diri ini.

Hormati Hak & Kehendak Peribadi Orang Lain

Menegur itu boleh tapi biarlah kena caranya dan berhemah kerana tidak semua orang mampu menerima teguran secara tepat dan berdepan.

Selain dari itu, kita juga perlu hormati dan cuba memahami kehendak dan cara orang lain. Bagi kita, mungkin ianya agak remeh, menyusahkan atau menjengkelkan namun setiap orang punya hak dan sebab tersendiri.

Menegur apabila berlakunya kesilapan dan saling ingat-mengingati sebelum berlakunya kesilapan tetapi melalui kesilapan jugalah menjadi panduan untuk menjadi lebih baik 
Menegur secara terus bukanlah sesuatu yang tidak baik namun bagaimana jika mereka tidak dapat terima? Bukankah niat yang baik tadi akhirnya menjadi permusuhan. Melainkanlah jika anda telah mengenali dan memahami sikap seseorang itu.

Ada kalanya pula kita menegur kerana ianya menyusahkan kita tanpa melihat pada skop yang lebih luas. Memberi pandangan atau mengarah seseorang blogger untuk menukar dan mengubah sesuatu mengikut kehendak kita sehinggakan tidak mahu singgah atau memberi komen lagi jika tidak berubah!

Contohnya seperti popup suruh klik like, iklan popup, komen embedded, word verification dan sebagainya yang saya tahu ianya agak menyusahkan dan menjengkelkan.

Namun adakah apabila perubahan dilakukan, sanggupkah kita memberi komitmen seperti yang dikatakan iaitu berkunjung ke blog tersebut selalu dan meninggalkan komen tanpa tertinggal satu entri pun? Adakah perubahan itu memberi kebaikan sepenuhnya kepada mereka? Jika jawapannya... ya! memang wajarlah anda menegur...

Niat dan tujuan kita menegur itu sudah semestinya baik dan tiada sedikit pun untuk menyalahkan atau menyakitkan hati namun mungkin kerana sedikit kesilapan atau cara penyampaian yang tidak sampai akan membawa maksud yang berbeza.

Teguran vs Mengingati vs Panduan

Habis tu tak bolehlah nak tegurlah? Boleh... Tapi biarlah kena pada caranya. Lakukan secara umum dan sertakan bukti serta sebab yang kukuh kenapa ianya perlu diubah. Berilah sebanyak mungkin kebaikan, kelebihan dan jangan lupa sertakan juga akan kekurangannya.

Paling penting... Jangan sesekali memberi sebarang komitmen atau pun ugutan. Jadikan teguran umpama satu panduan, perkongsian pengalaman atau ilmu buat semua pembaca.

Kenapa tidak anda PM sahaja terus kepada tuan empunya blog? Bukankah itu lebih baik, selamat dan secara peribadi tanpa perlu menyinggung hati orang lain kerana mungkin mereka punya sebab/masalah tertentu untuk berbuat demikian.

Menegur apabila berlakunya kesilapan dan saling ingat-mengingati sebelum berlakunya kesilapan tetapi melalui kesilapan jugalah menjadi panduan untuk menjadi lebih baik

Namun jika ianya berkaitan sesuatu kesalahan atau kekhilafan dari sudut undang-undang dan agama, adalah menjadi satu tanggungjawab buat kita semua untuk menegur dan memperbetulkannya tanpa sebarang ragu-ragu, berkias atau berselindung!

Menegur apabila berlakunya kesilapan dan saling ingat-mengingati sebelum berlakunya kesilapan tetapi melalui kesilapan jugalah menjadi panduan untuk menjadi lebih baik....

p/s: Entri ini hanyalah perkongsian pengalaman peribadi... Namun adakah penyampaiannya seperti satu teguran, ingatan atau panduan?

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
 relakssminda.blogspot.c

Tiada ulasan:

Catat Ulasan