Home Klik Di Bawah

Isnin, 6 April 2015

Petanda Seseorang Itu Menerima Gaji

Selain sambutan Aidilfitri dan Sambutan Menyambut GST, satu lagi hari yang paling mendebarkan adalah pada hari kita menerima gaji. Apabila seseorang itu baru menerima gaji, keceriaan jelas terpancar diwajahnya dan terdapat beberapa lagi ciri. Mari baca.
 
1) Muka Berseri-seri
Jika seorang pengantin memerlukan khidmat andaman untuk kelihatan berseri di hari perkahwinan mereka, tetapi bagi mereka yang baru menerima gaji kelihatan satu keceriaan dan keserian yang agak susah untuk diterjemahkan. Maka dengan itu, haruslah kita berkahwin pada hari kita menerima gaji untuk menjimatkan kos andaman.
2) Tiba-Tiba Belanja Makan
Si dia tiba-tiba membelikan kamu sandwich Subway,sayangnya pada hari tersebut kamu puasa sunat Khamis. Bila difikir balik, pada hari tersebut bukanlah hari lahir ataupun hari-hari yang istimewa dalam hidup kamu. Nak kata belanja buka puasa pun tak akan lah pada waktu tengah hari bukan? Jika hal ini terjadi dalam kalangan kawan-kawan ofis kamu, ini bermakna kawan kamu sudah menerima gaji. Jadi bolehlah anda bertanya kepada HR ditempat kerja anda dengan soalan psiko,”Kenapa gaji dia dah masuk, gaji saya belum?”, korang psiko jer tau, jangan over-over pulak.
3) Balik Kampung
Ini hanya sesuai untuk mereka yang bergaji tetap pada setiap bulan. Mereka boleh aim bila hari dan tarik sesuai untuk balik kampung.
4) MC
Ini pula terjadi buat mereka yang gaji tak tetap. Susah nak rancang date dengan lebih awal. Bila dapat gaji terus je MC. tapi bukan semua MC saja-saja tau. Ada juga yang sakit sebab excited bila dapat gaji, lalu dia berjalan-jalan dengan riang tanpa perasan ada pintu kaca dekat dalam bank, terlanggar pecah, sebab itulah beliau MC.
5) Sayang Boss
Jika dalam sebulan, selama 29 hari kamu akan tunduk bila nampak Boss, atau buat-buat tak nampak bila nampak Boss, tapi pada hari bersejarah ini kamu kelihatan terlalu gembira sehinggakan bukan sahaja kamu tolong angkat beg Boss kamu masuk dalam biilik, malahan siap bodek-bodek dan tepuk-tepuk belakang lagi macam ‘Anney’ tukang gunting rambut tu huhuhuh.
6) Masuk Rumah Tak Bagi Salam
Jika non-muslim tak hairan. Tapi perkara ini kelihatan terlalu ketara. Jika selama ini dia akan menegur kawan-kawan serumah dia dengan ramah. Tiba-tiba je pada hari tersebut dia masuk ke rumah perlahan-lahan, dengan tak bagi salam sebab takut ada orang tegur dan ajak belanja makan kahkahkahkah.
7) Suka GST
Jika kita bertanya dengan orang yang waras memang tiada siapa suka GST. Tetapi ini adalah berkaitan dengan Iklan GST. Jika pada tengah bulan mereka akan meradang dan ingin menendang PC atau Laptop sewaktu mendengar lagu GST, tetapi mereka dengan tenang mendengar lagu GST berulang kali. Bukan sebab mereka betul-betul dengar, tapi sebab mereka terlalu seronok sewaktu menerima gaji sehingga tidak sedar tentang GST.
Artikel sekadar santai…
 http://penpatah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan