Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Rabu, 1 April 2015
Resepi -Kek Brownie Butter
Kek Brownie Butter
Ingredients
Bahan Brownie :
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula perang
140 gm coklat masakan
1 biji telur gred A - dipukul
1/4 cawan tepung serbaguna
Bahan Kek Butter :
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
2 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
50 ml susu segar
Instructions
1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.
3. Cara Membuat Brownie :
4. Cairkan
coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang rendah. Keluarkan
dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu masukkan gula perang
hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
5. Kemudian,
adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya, masukkan telur yang
telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
7. Cara Membuat Kek Butter :
8. Masukkan
telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur kembang.
Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan ia
sebati.
9. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna
serta baking powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya
masukkan susu segar dan kacau lagi.
10. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang telah
masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama 25-30
minit sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan