Home Klik Di Bawah

Isnin, 13 April 2015

Tanda hati sakit, hati sihat dan ubat bagi hati

2 tanda hati yang sihat :
  • giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan.
  • setiap amal ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi.
Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.
3 tanda hati tengah sakit
  • tidak dapat merasakan manisnya ibadat.
  • tidak tahan berlama-lama dalam melakukan ibadah.
  • sangat seronok melakukan maksiat.
Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaru gatalnya hingga melukai diri sendiri.




Teknik semak kesihatan hati
hati mati
Hasan Al-Basri rahmatullahialaih pernah mengajar teknik semak kesihatan hati.
Beliau berkata :
Rasakanlah kemanisan dalam 3 perkara :
  • ketika melakukan solat
  • ketika membaca al-Quran
  • ketika berzikir
Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah.
Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup.”
Apakah ubat bagi hati?

Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan Tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah.
Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang “berhati sihat
Ibrahim Al-Khawas berkata :
Ubat hati 5 perkara :
  • membaca al-Quran sambil memahami maknanya
  • mengosongkan perut
  • solat malam
  • berdoa pada waktu fajar
  • dan bergaul dengan orang-orang soleh.”
Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud) :
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (Riwayat Bukhari & Muslim)
pakor how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan