Home Klik Di Bawah

Khamis, 30 April 2015

Tanda kita sedang ditipu syaitan

Sepatutnya semakin kita belajar ;
  • kita semakin tawadhu’
  • kita terasa makin jahil
  • kita nampak macam-macam kekurangan diri yang perlu diperbaiki
  • kita rasa cinta pada para ulama
  • kita rasa semangat untuk tambah ibadah
  • hati akan menangis mengenang keadaan ummat
  • kita rasa kasih dan sayang pada saudara-saudara kita yang lain
TAPI, kalau makin kita belajar ;
  • kita makin nampak kesalahan orang lain
  • kita rasa diri kita lebih baik
  • kita rasa kita saja yang betul
  • kita sukar sekali nak sangka baik pada orang lain
  • dalam hati kita timbul perasaan benci, menyampah dengan orang lain
Awas! Hati-hati lah…




kerana kita mungkin sedang tertipu dengan permainan syaitan!
ditipu syaitan
Sepatutnya kita kena ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin merendah diri.

Bukannya baru baca Sahih Bukhari, dah berlagak nak jadi mufti, hukum orang sana sini.

Untuk peringatan kita bersama…..
 pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan