Home Klik Di Bawah

Isnin, 27 April 2015

Tolong jangan perasan bagus yer

Tolong jangan perasan bagus yer
Kita masuk syurga bukan sebab amal ibadah dan kebaikan kita. Tapi sebab RAHMAT dan kasih sayang Allah semata-mata.

Jadi, usah sesekali kita rasa diri kita BAGUS!

Baik macammanapun kita, bagus macammana pun kita, pemurah macammanapun kita, alim (banyak ilmu) macammanapun kita, ibadah banyak manapun kita, ia bukan jaminan kita jadi ahli syurga.

Tanpa kasihan belas dan rahmat Allah, semua itu tak ada apa-apa makna.

Justeru, jangan perasan diri kita baik. Jangan perasan diri kita bagus, ‘alim, pemurah, banyak ibadah.
Apatah lagi jangan sesekali pandang orang lain lebih rendah dan kurang daripada kita.

perasan bagus
Mungkin orang lain nampak bodoh, orang lain nampak selekeh, selebet… orang lain nampak tak banyak manapun amal ibadahnya. Orang lain nampak serba serbi kurang… Tapi hati mereka tulus, suci, bersih dari sifat-sifat yang tak baik. Barangkali Allah suka dengan hati dan sikap yang lebih bersifat HAMBA itu.
 


Sedangkan kita… mungkin kita seorang yang ‘alim (banyak ilmu), pemurah, kuat ibadah dan banyak buat kebaikan. Tapi disebabkan hati kita kotor, ada sifat ujub, sombong, bangga diri… pandang rendah orang lain… kita rasa kita dah cukup bagus… syok dan puas dengan diri sendiri. Barangkali Allah tak suka dengan hati dan sikap kita yang perasan bagus tu.

Diluar kita nampak sempurna. Orang lain pandang kita seorang yang hebat dan berjaya.
Hakikatnya…? Kita pun tak tahu. Kita pun tak pasti samada ALLAH suka dan redha pada kita atau tak.
Hakikatnya, kita semua hanya mengharap belas kasihan dan RAHMAT dari ALLAH semata-mata.
Jadi sepatutnya kita ni :

  • lebih tawadhuk merendah diri
  • lebih menghormati dan menghargai orang lain
  • lebih bersangka baik pada orang lain
  • lebih mudah mengasihi dan sayang pada orang lain
  • dan tak mudah menyalahkan dan memburukkan orang lain
Sepatutnya kita ni lebih bersifat hamba, berusaha menyukakan Tuhan yang Esa, cuma mengharapkan redha dan rahmat dariNYA.
Bukannya asyik nak bertelagah, menyalah dan merendahkan orang lain. Semua orang kita nak nilai dan hukum. Seolah-olah kita sudah dijamin selamat dan menjadi ahli syurga.

syok sendiri
Ingat!
  • Hakikatnya, KITA SEMUA hanya mengharap belas kasihan dan RAHMAT dari ALLAH semata-mata.
  • TAK ADA siapa boleh mengaku dia LEBIH BAIK dari sesiapa pun, sehinggalah Allah umum kata ALLAH REDHA dan suka dengan dia.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan memberikan taufikNYA untuk kita terus istiqamah mengerjakan amal soleh.

Semoga Allah redha dan merahmati kita, dunia dan akhirat. Aamiin.
pakar how to

1 ulasan: