Home Klik Di Bawah

Isnin, 25 Mei 2015

Cara Paling Sempoi Untuk Uji Kesetiaan Suami Atau Boyfriend Korang

Pertama sekali post ini bukan lah nak mengajak korang ramai-ramai untuk meragui kesetiaan pasangan. Memang beruntunglah kalau korang dapat suami atau pun kekasih hati yang cukup setia.

Kata orang hati manusia ni berubah-ubah, hari ni cakap lain esok cakap lain. Jadi apa salahnya cuba uji si dia dengan 7 cara paling win ni.

1. Eh kenapa baju abang bau perfume Victoria Secret ni?

funny
Yang sebenarnya tak ada bau apa-apa perfume wanita pun tapi saja nk uji dan tengok reaksi si dia bila diajukan soalan demikian.

Korang ‘petik’ je apa-apa jenama. Kalau si dia menggelabah tu, ada la yang tak kena.



2. Pura-pura bermanja dengan suami/bf hadapan gadis cantik

see
Cuba pura-pura bermanja dengan suami tatkala korang berdua berjalan melintasi gadis-gadis cantik. Kalau suami korang rileks je maknanya tak ada apa yang perlu dibimbangkan.

3. Phone saya rosak lah, boleh pinjam phone awak sehari?

bos
Boleh dikatakan phone merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang. Cuba buat-buat nak pinjam phone suami atau kekasih hati korang.
Kalau berkeras tak nak bagi, ada la tu yang tak kena hihi.

4. Beritahu ada rakan puji ketampanan suami/bf korang

mel
Beritahu rakan perempuan korang dekat office puji ketampanan suami atau kekasih hati korang. Nak lagi best beritahu mereka nak berkenalan.
Untuk tujuan menyakat je ni, bukan serious pun. Kalau kekasih hati korang ambil serious siap teruja nak berjumpa, hurm memang pelik lah.

5. Sekali sekala pergi office suami/bf korang

sur
Buat kejutan pergi ke office suami atau boyfriend korang. Jenis yang main kayu tiga mesti gelabah gila kalau tiba-tiba muncul macam ni.

6. Saya ada join contest dekat Facebook, meh bagi password awak nak like

fb
Akaun sosial media ni memang perkara yang agak sensitif lagi-lagi kalau nak bagi password. Saja nak uji si dia je ni.

7. Bawa kawan-kawan yang super hot jumpa suami/boyfriend

hot
Perhatikan mata si dia, kalau tak berkelip dan tenung lama-lama sah lah tak berapa nak setia..hihi.  Selamat mencuba!
oh bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan