Sedekah adalah amalan yang sangat baik di dalam
Islam. Sedekah memberi maksud pemberian atau amalan seseorang kepada
orang lain secara rela dan seikhlas hati. Contohnya mengeluarkan harta
dengan niat mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Berikut adalah kebaikan bersedekah di dalam Islam :
1.Di panjangkan umur.
Nabi SAW menyatakan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha
Mengetahui. Allah SWT boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang
mengikut kehendakNYA. Jika ALLAH SWT reda akan hambaNYA yang banyak
bersedekah, maka sukar bagi ALLAH SWT merubah qada dan qadar-Nya yang
telah tertulis.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya
urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata
kepadanya:”Jadilah!” maka terjadilah sesuatu itu.” (Surah Yassin ayat
81).
2.Dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan riak
Mereka yang bersedekah dan tidak kedekut Allah SWT akan mencampakkan
dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada
kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan
menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : “Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?
Nabi menjawab, “Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa
itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang
hendak mendermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan
untuk menjadi kaya).
3.Diperluaskan rezekinya dalam kehidupan
Dalam Al-Quran ada dinyatakan siapakah yang hendak memberi pinjaman
kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah),
maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda
yang banyak.
Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah
kamu dikembalikan. Jelaslah dengan kita memberi sedekah rezeki kita akan
datang dengan murahnya dari-Nya.
Sumber: Alquran(Surah Al Baqarah Ayat 245)
4.Sedekah dapat menyucikan diri dan harta
Di dalam Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil
sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka,
dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati
mereka.
Ayat ini menjelaskan 2 perkara utama iaitu barang yang harus
disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Dengan sedekah ia dapat
membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.
Sesungguhnya amalan bersedekah sangat digalakkan di dalam Islam. Ia
dapat memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada mereka yang
memerlukan.
Sumber-wom.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan