Dikisahkan Kisah Dan Fadhilat Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW bahawa ada seorang ibu yang berguru kepada Syeikh Hassan Al-Bashri. Pada suatu hari seorang wanita menghadap gurunya seraya berkata :"Guru puteriku telah lama meninggal dunia, aku ingin sekali menemuinya melalui mimpi. Maka perkenankan guru agar mengajarkan kepadaku agar aku dapat menemuinya."
Lalu Syeikh Hassan Al-Basri pun mengajar wanita itu agar membaca selawat Nabi dan pahalanya ditujukan kepada roh puterinya itu.
Setelah beberapa hari ibu itu mengamalkan apa yang diajarkan oleh Syeikh
Hassan Al-Basri. Maka pada suatu hari ibu itu telah bermimpi bertemu
dengan puterinya. Dilihatnya, si puterinya sedang mengenakan baju yang
diperbuat daripada api neraka. Lehernya terbelenggu dan kedua kakinya
terikat oleh tali yang diperbuat daripada api.
Ketika ibu terbangun daripada tidur dia begitu sedih dan langsung pergi
menghadap Syeikh Hassan Al-Basri. Maka Syeikh Hassan Al-Basri berserta
anak muridnya yang lain turut menangis penuh hiba apa mendengarkan mimpi
yang disampaikan kepadanya.
Beberapa hari kemudian, Syeikh Hassan Al-Basri bermimpi melihat puteri
itu tiba-tiba keadaannya berubah. Puteri itu berada di syurga. Dia
nampak sedang duduk santai di atas pelaminan emas dan di kepalanya
mengenakan mahkota putih bercahaya. Cahaya mahkota itu menerangi
sekelilingnya dari hujung barat hingga ke timur. Tiba-tiba puteri itu
menegur sambil berkata :"Wahai guru tahukah engkau siapakah aku ini?"
Syeikh Hassan Al-Basri :"Tidak!"
Puteri :"Aku adalah puteri dari ibu yang telah guru ajari selawat itu."
Syeikh Hassan Al-Basri :"Mengapakah kedudukanmu sekarang begitu mulia."
Puteri :"Wahai guru , suatu ketika ada seorang lelaki telah lalu di
tanah perkuburanku sambil membacakan sekali selawat Nabi. Kemudian
pahalanya ditujukan kepada kami semua ahli kubur. Diantara kami ada yang
diseksa terus-menerus dan menderita seksa kubur. Tiba-tiba terdengar
suara :"Wahai malaikatKu bebaskanlah mereka semua kerana mereka mendapat
limpahan rahmat atas bacaan selawat tersebut."
Fadhilat Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW :
- Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali nescaya Allah akan menurunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda. (HR.Muslim)
- Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil dengan kita berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai solat fardu.
- Jodoh ditentukan Allah SWT amalkan dengan selawat 100 kali sehari. Insaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh.
- Setiap penyakit ada penawarnya. Kalau sakit perut bacalah selawat 7 kali pada air dan minum insaallah , perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menyelesaikan masalah.
- Amalkan membaca swlawat sebanyak 1,000 kali sehari. Insaallah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran.
- Sesiapa yang mengamalkan selawat 11 kali sehari ia akan dihormati dan dihargai oleh orang lain.
- Menurut Sayyid Ahmad Dahlan sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam jumaat saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh Nabi.
- Sesiapa yang berselawat 42 kali sehari. Insaallah akan dihindarkan daripada sifat yang tercela dalam seperti dengki dan sebagainya.
- Sesiapa yang amalkan berselawat 1,000 kali pada malam jumaat. Insaallah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia maupun akhirat.
- Amalkan selawat 11 kali setiap kali selesai solat fardu. Allah SWT akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati agar mudah untuk memahami sesuatu ilmu disamping memperolehi ketenangan fikiran.
- Sesiapa yang berselawat tak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
- Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih di saat menghadapi kesukaran hidup.
- Menurut Syibab Ahmad sesiapa yang berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Insyak Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1,000 setiap hari Allah memeliharanya daripada ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa serta dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat keampunanNya.
- Menurut As-Shawi sesiapa yang membaca selawat secara rutin akan terpelihara hatinya daripada gangguan tipu daya syaitan yang melalaikan.
- Membaca selawat 10 kali pada waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhi mendapat kemurkaan Allah.
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada Rasulullah saw.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati sesiapa yang berhajat menemnui Rasulullah saw dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap kali selepas solat Asar pada hari Jumaat Insaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang itu.
- Sesiapa yang sering mengamalkan selawat pada setiap hari Allah SWT akan membuka pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
- Jiwa orang gelisah akan tenang dengan berzikir termasuk berselawat sekerap yang mungkin.
- Sesiapa yang mengamalkan selawat setiap hari taak kira berapa hitungannya Insaallah terhindar daripada wabak taun dan penyakit berbahaya yang lain.
- Membaca selawat 1,000 selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, dukacita serta dikabulkan Allah segala hajatnya.
- Sesiapa yang ingin mati dengan kesudahan yang baik maka berselawatlah sebanyak 10 kali selepas solat Maghrib.
- Allah SWT akan sempurnakan hajat baik dengan sentiasa berselawat 40 - 100 kali sehari dengan diikuti usaha yang istiqamah.
- Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan yang bercahaya. (HR.Abu Naim)
- Sabda Rasulullah saw :"Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat- (HR.Thabrani ).
Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com
Sumber : Kisah Motivasi Untuk Hidup Bertakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan