Seorang gabenor pada
zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah
rakyatnya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling
berebut untuk memungut wang itu dengan riang gembira. Kecuali seorang
wanita berkulit hitam dan berwajah buruk.
Dia hanya diam sahaja tidak bergerak, sambil memandang jiran – jirannya
yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi seolah-olah mereka
kekurangan harta.
Dengan kehairanan Gabenor bertanya,
“Mengapa engkau tidak memungut wang dinar itu seperti jiran engkau yang lain?”
Wanita berwajah buruk itu menjawab,
“Mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya memerlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.”
“Maksud kamu?” tanya Gabenor yang mulai tertarik akan keperibadian perempuan itu.
Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah
bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Kerana perjalanan di dunia
amat pendek jika dibandingkan dengan pengembaraan di akhirat yang
panjang dan kekal.”
Dengan jawapan seperti itu, Si Gabenor merasa telah disindir tajam. Dia
insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan
melalaikan kewajipan agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tidak
akan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya
sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.
Akhirnya Gabenor jatuh cinta kepada perempuan buruk itu. Khabar itu
tersebar ke segenap pelusuk negeri. Menteri dan orang besar negara
sangat hairan, bagaimana seorang Gabenor boleh menaruh hati kepada
perempuan hodoh itu.
Maka pada suatu kesempatan, mereka diundang oleh Gabernor dalam sebuah
pesta mewah. Semua rakyat, termasuk wanita yang hodoh tadi. Mereka
diberikan gelas cristal yang bertahtakan permata, berisi minuman anggur
segar. Gabenor memerintah agar mereka membaling gelas masing-masing.
Semuanya kebingungan dan tidak mahu menuruti perintah itu.
Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berderai, tanda ada orang gila yang
melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk tersebut.
Di kakinya terdapat pecahan gelas berhamburan. Semua orang nampak
terkejut dan kehairanan.
Gabenor itu bertanya,
“Mengapa kamu membaling gelas itu?“
Tanpa takut wanita itu menjawab :
“Ada beberapa sebab,”
“Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurangnya kekayaan
Tuan. Tetapi, pada saya perkara itu lebih baik, kerana kewibawaan Tuan
terjaga lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.”
Gabenor terkesima. Para tetamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu.
“Sebab lain?” tanya Gabenor itu lagi. Wanita itu menjawab.
“Kedua, saya hanya mentaati perintah Allah. Sebab di dalam Alquran,
Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para
penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka saya
laksanakan perintah Tuan.”
Gabenor semakin takjub. Demikian pula para tetamunya.
“Masih ada sebab lain?”
Perempuan itu mengangguk dan berkata.
“Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap
saya gila. Namun, perkara ini baik buat saya. Biarlah saya di cap gila
daripada tidak melakukan perintah Gabenornya, yang bererti saya sudah
berbuat derhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada
daripada saya dituduh derhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat
saya.
Maka Gabenor yang sedang menduda itu melamar lalu menikahi perempuan
hodoh dan hitam legam itu. Semua yang mendengar sangat gembira kerana
Gabenor memperolehi jodoh yang bukan sahaja taat kepada suami, tetapi
juga taat kepada gabenorrnya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.
Oleh : Ust M. Zainuddin
http://www.amazingify.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan