Home Klik Di Bawah

Jumaat, 1 Mei 2015

Resepi - RENDANG AYAM CILI API

Rendang ni pula ada banyak variasi..... ada versi utara, tengah, selatan dan timur. Setiap versi ada keistimewaan dan penggemarnya tersendiri.





Biasanya setia cinta ku hanya pada rendang yang warna kemerahan gelap itu. Setelah bertahun-tahun setia, untuk pertama kali curang juga ku sudahnya..... hahahaha.

Rendang cili api ni, cara memasaknya sama jer macam rendang biasa cuma cili kering tukar dengan cili api manakala bahan-bahan lain sama.

Sekali bila dah pekena memang sedap nak pulak kena dengan regunya, lemang atau ketupat palas...
Makan tak dongak dagu dah.... Berasap & Mantap!





Makan dengan nasi putih pun sodapp! Tq Kak Noor.

Rasa lenguh pulak jari-jari teman naip panjang-panjang... Moh ler nengok resipi.....




RENDANG AYAM CILI API
by IzaAkma SSK
source ~ Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda



Bahan-Bahan :
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan  (sy buh 2cwn santan pekat fresh anggaran 500gm)
4 cawan air  (ikut keperluan)
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang  (sy buh gula pasir aje)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan DiKisar Halus :
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.


Caranya :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.

2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut

3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).

5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik (optional). Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.http://www.kongsiresepi.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan