Home Klik Di Bawah

Khamis, 4 Jun 2015

Adakah Kamu Yakin, Kamu Akan Lepas Dari Timbangan PADANG MAHSYAR?




Padang mahsyar adalah di bumi ini sendiri apabila Malaikat Israfil meniupkan sangkakalanya untuk pertama kali. Ketika itu, permukan bumi ini sudah lapang, tiada pokok-pokok, gunung-ganang dan pelbagai hasil bumi.

Pada tiupan sangkakala yang kedua, keseluruhan manusia akan dibangkitkan dari kubur untuk dihimpunkan di padang mahsyar.

Bolehkah kamu bayangkan umat dari zaman nabi Adam A.S sehingga nabi Muhammad S.A.W keramaiannya?


 

Ada yang menggambarkan kesempitannya seperti seorang mempunyai keluasan sebesar tapak kaki sahaja untuk berdiri gambaran jumlah umat ketika di padang mahsyar.
Ada yang mengatakan umat ketika itu akan meminta untuk segera ke neraka kerana tidak tahan akan sesaknya dan seksanya di padang mahsyar.

Setelah keluarnya kitab amalan kita dimana tidak ada satu pun amalan yang terlepas dari pandangan Allah, kita akan membaca kitab itu dan ditunjukkan setiap satu amalan kita. Ketika itu MNGGELETARLAH segala urat belikat kamu menahan ketakutan jika dosa kamu lebih berat dari pahala kamu.

Jika berat pahala kamu, maka BERGEMBIRALAH kamu. Apa yang memeritkan ialah apabila pahala kamu sudah lebih berat, akan ada orang-orang yang menuntut bela ke atas kelakuan kamu di bumi seperti isteri yang kekurangan nafkah, anak yang kekurangan kasih sayang dan pendidikan dari kamu dan sebagainya. Jika kamu kehabisan pahala, dosa mereka pula yang kamu akan tanggung. Inilah antara kedahsyatan di padang mahsyar kelak.

Oleh itu, jikalau kamu benar-benar menyayangi ahli keluarga kamu, jiran tetangga kamu, sahabat-sahabat kamu, makahendaklah kamu menunaikan segala kewajipan kamu ke atas mereka sebelum kamu DIHISAB kelak. InsyaAllah semoga kita semua berada dalam rahmat-NYA.

Demi langkah beringat, KONGSILAH ilmu ini demi orang yang kamu sayang InsyaAllah.
 belogfadah.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan